Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 17, 2025 @ 12:14pm

Shila Amzah Kongsi Foto Mesra Bersama ND Lala… Warganet Luah Rasa Gembira, Tinggalkan Komen: “Air Dicincang Takkan Putus”

Konflik keluarga penyanyi, Shila Amzah sebelum ini meraih perhatian ramai di media sosial, terutamanya membabitkan bapanya, penyanyi 80-an iaitu Datuk ND Lala yang telah berkahwin lain dengan rakan baiknya sendiri.

Namun begitu, kemelut tersebut dipercayai telah terlerai selepas Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 34, berkongsi beberapa foto bersama bapanya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Shila memuat naik foto anak-anaknya, Seth Uwais dan Rhea Akira bersama ND Lala, selain turut berkongsi gambar mesra mereka berdua.

Akaun media sosial program Melodi TV3 turut berkongsi foto ND Lala bersama keluarga Shila dan rata-rata peminat menzahirkan rasa syukur di ruangan komen selepas melihat hubungan baik antara mereka kembali terjalin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Sebelum ini, dalam temu bual bersama media Shila memaklumkan hubungannya bersama bapa kembali jernih, namun masih perlu waktu untuk menerima ibu tiri yang merupakan ‘sahabat’ baiknya sendiri.

Kontroversi mengenai isu Shila bersama keluarganya menggemparkan industri hiburan sejak tahun 2023 apabila tular dakwaan mengatakan ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh, 63, telah berkahwin baru bersama seorang wanita muda.

Malah, individu wanita tersebut dipercayai adalah rakan baik Shila sejak di bangku sekolah.

Sekadar info, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada tahun 1989 dan namun sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi rakaman suara di WhatsApp.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurnikaan empat cahaya mata iaitu, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28  dan Nur Syuhada, 25.

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai ‘Voice Note’ ND Lala Disahkan Mahkamah, Bekas Isteri Syukur Selesai Secara Baik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Nov 2024

Selepas 8 Tahun Berpisah, Kiah Propa & Bekas Suami Kahwin Semula – “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata”

“Kalini dia sakit aku terima dia. Sebab Insya-Allah aku nak jaga dia dan bataskan aurat. Permintaan dia sebelum menutup mata” – Kiah Propa

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Selamat Bersalin, Izreen Azminda & Ude Dapat Baby Boy Lagi

Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam. Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Izreen memaklumkan dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 9.06 pagi semalam. “Syukur […]

Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Sat, 26 Oct 2024
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Trending Fri, 17 Sep 2021

Pernah 3 Kali Keguguran, Syatilla Melvin Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin disahkan hamil selepas mengalami keguguran pada April. Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tak disangka ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. “Kali keenam. […]

error: Content is protected !!