Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 12, 2022 @ 5:00pm

#SeoulSaranghae: Peminat Teruja, Kim Seon Ho Buat ‘Comeback’ – “Terima Kasih Sentiasa Berada Di Sisi Saya”

Setelah hampir 9 bulan menyepi, aktor siri drama popular Netflix, Hometown Cha Cha, Kim Seon Ho akhirnya membuat kemunculan semula apabila tampil dengan sebuah mesej yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi mesej tersebut, Kim Seon Ho turut menggambarkan perasaannya ketika berdepan kontroversi melibatkan hal peribadi beliau yang berlaku sekitar Oktober tahun lalu.

“Saya minta maaf kerana membuat anda susah kerana kekurangan saya. 

“Terima kasih kerana meraikan hari lahir saya. Saya akan menjadi seorang pelakon yang akan membalas sokongan anda semua,” tulisnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat aktor ini berasa teruja dan gembira dengan ‘comeback’ yang dibuat malah, mereka juga berjanji akan memberikan sokongan padu terhadap kerjaya seni Kim Seon Ho.

Untuk rekod, nama Kim Seon Ho mula menjadi perhatian selepas beliau muncul dalam drama popular Netflix, Start Up bergandingan bersama Bae Suzy, dan Nam Joo Hyuk dan seterusnya muncul dalam drama popular Hometown Cha Cha.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Baru Bernikah, Sasha Saidin Dah Dituduh Perampas

Apa-apa pun dah selamat pun bernikah…doakan lah kebahagiaan mereka ye?

Selebriti Tue, 15 Aug 2023
Featured Wed, 29 May 2024
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Featured Sun, 3 May 2020

Lisa Surihani luah rasa rindu? Siapa gerangan yang dirindui?

Turut kongsi cara kekal hidrat dan cantik ketika Ramadan

Featured Wed, 14 Jun 2023
Featured Tue, 26 Aug 2025
error: Content is protected !!