Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 17, 2022 @ 10:15am

Akui Rimas, Kak KM Beri Teguran Pedas Kepada Selebriti Yang Masih Tutup Wajah Anak Baru Lahir – “Kenapa Takut Kalau Tak..”

Usahawan kontroversi, Kak KM sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen yang berang dengan pendapatnya mengenai isu berkongsi wajah bayi baru lahir.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, dia mengakui rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin, namun menutup wajah anak mereka.

Kak KM menyifatkan perkara sedemikian tidak seharusnya berlako kerana katanya, bayi baru dilahirkan adalah satu anugerah Allah dan berkongsi wajah anak juga merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira serta syukur.

“Saya rasa rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak ditunjukkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambbar kaki atau tangan bayi sahaja.

“Jika tempoh hamil boleh sahre perkembangan diri kenapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki tak salah untuk dikongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberian-Nya,” katanya.

Ia susulan tindakan Kak KM yang meluahkan rasa rimas pada salah satu posting Instagram milik mStar apabila selebriti yang baru bersalin tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada tatapan umum.

“Rimas betul tutup-tutup muka anak,” tulisnya pada posting berita mengenai pelakon Mira Filzah yang baru sahaja melahirkan bayi lelaki.\

Tambah Kak KM, ibu bapa seharusnya tidak perlu bimbang untuk berkongsi  wajah anak kerana orang ramai boleh menzahirkan kata-kata doa buat bayi yang baru lahir.

“Saya dah lihat ramai yang tidak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu jika kita tidak buat salah?

“Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja,” jelasnya.

Tinjauan di media sosial mengenai berita anak kepada aktres veteran, Normah Damanhuri itu mendapati ramai dalam kalangan netizen berang dengan pendapat Kak KM yang dianggap seakan tidak mempunyai prinsip atau kefahaman tentang asas ajaran Islam.

Malah, pelakon terkenal, Nina Iskandar turut membidas kenyataan Kak KM yang menyuruhnya untuk memahami tentang ‘Penyakit Ain’.

“Boleh look up and fahami tentang ‘Penyakit Ain’. Ia bukan soal santau atau niat jahat.

“Walaupun niat baik dan memuji, masih boleh terkena penyakit Ain. Wallahualam. Saja berkongsi. Kak KM,” tulisnya di ruangan komen beserta emoji senyum.

Untuk rekod, Kak KM mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, Rania Razman, 12 dan Cinta Carissa, lima bulan, hasil perkahwinan bersama suami Razman Ramli.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Oct 2025
Hiburan Sun, 4 Aug 2019

刘思延自创「失恋疗愈套餐」813首播单曲 《海滩上的字》

Suzanne刘思延揪心单曲 《海滩上的字》8月13日起首播,蜜糖吐司初体验,女汉子粉红心大爆发自创「失恋疗愈套餐」!

Hiburan Thu, 4 Jun 2026

Mahu Luaskan Pengaruh Muzik Di Malaysia, Ryzall Noh Pertaruh Natijah Cinta

Penyanyi berasal dari Singapura, Ryzall Noh muncul dengan Natijah Cinta.

Trending Sun, 30 Dec 2018

Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Hiburan Fri, 23 Feb 2024
Featured Sat, 28 May 2022

“Siapa Orang Tu Nak Kata Saya Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan,” – Ifa Raziah

Uishh, pedas juga Ifa Raziah balas balik kenyataan Ustazah tu.. 🫢😅

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Allahuakbar, nak bekerja pun takut dah sekarang ni macam tu je kena cabul 😭

Acara Sat, 19 May 2018

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33 akan disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

‘Kalau Aku Jahat, Aku Biarkan Budak Tu Balik Mabuk Drive…’, Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia?

Dia (Ismail Izzani) adalah seorang lelaki baik cuma kedekut je tak reti bayar hutang…

error: Content is protected !!