Euforia Bola 2026
Events By: Aqilah Paharuzi May 14, 2022 @ 4:16pm

‘Gesek’ Legend Cap Lada Bertahan 89 Tahun – “Bau Belerang Beri Satu Perasaan Berbeza Pada Pengguna..”

Pengeluaran ‘gesek’ Cap Lada Kelantan Match Factory di Sungai Keladi, Kelantan kekal bertahan sejak 89 tahun yang lalu dan tidak pernah berhenti.

Ia susulan permintaan luar biasa peminat setianya yang sudah biasa menggunakan mancis tersebut dalam kehidupan seharian.

Menurut penyelia Kelantan Match Factory, Mahmod Mohd Nor, 85, berkata mancis atau dalam dialek Kelantan ‘gesek’ kekal relavan kerana masih digunakan untuk membakar sampah, menyalakan rokok, menghidupan kayu api dan lain-lain.

Mahmod mengakui meskipun setengah masyarakat lebih gemar dan selesa menggunakan pemetik api, namun nilai sentimental yang ada pada gesek menjadi salah satu punca penghasilan mancis hasil tangan anak Kelantan itu tidak pernah putus.

“Cetusan api gesek berserta bau belerang memberi satu perasaan berbeza kepada pengguna berbanding jika mereka menggunakan pemetik api.

“Tambahan pula orang kampung apabila bakar sampah mereka lebih selesa guna gesek berbanding pemetik api. Kualiti Mancis Cap Lada yang dihasilkan di kilang ini kekal sama sejak 1933, ia antara faktor penyumbang kenapa produk ini terus berada dalam pasaran,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Bercerita mengenai sejarah Kelantan Match Factory, Mahmod berkata, kilang paling lama serta tertua di negara itu sudah beroperasi di tapak kompleks seluas 1.13 hektar sejak 1933.

Mahmood yang telah bekerja selama tiga puluh tahun di kilang pembikinan kotak mancis, batang mancis dan bahagian pembungkusan mendedahkan proses pembuatan mancis menggunakan kayu terentang atau kayu simpul paya diimport dari China.

“Ada tujuh langkah untuk menghasilkan sekotak mancis bersaiz 20 milimeter (mm) yang setiap satu diisi kira-kira 50 batang mancis. Proses pembuatan dibahagi kepada dua iaitu menghasilkan kotak dan batang mancis,” katanya.

Mahmod berkata proses membuat kotak bermula di outer box machine apabila sekeping kayu nipis dilipat, digam dan dibalut kertas sebelum dijemur.

“Kotak-kotak itu kemudian dikeringkan menggunakan mesin pengering kira-kira 10 minit sebelum proses diteruskan di inner box machine untuk menghasilkan bahagian dalam kotak,” katanya.

Langkah seterusnya ialah menampal label pada kotak yang dilakukan serentak oleh tiga pekerja.

“Pekerja akan turut melakukan kerja-kerja slide pasting pada kotak berkenaan, ini bertujuan meletakkan striking area di kedua-dua sisi kotak.

“Striking area mempunyai campuran bahan karbida yang akan menyebabkan mancis menyala apabila berlaku geseran,” kata Mahmod.

Menurut beliau, untuk menghasilkan batang mancis pula, proses dilakukan di kilang berbeza bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Batang mancis akan dicelup ke dalam lilin menggunakan dipping machine. Kemudian bahagian kepala batang mancis itu akan dicelup empat bahan iaitu kalium klorida, kanji, sulfur dan silika sebelum dikeringkan dan dimasukkan ke dalam filling machine untuk diisi ke dalam kotak mancis yang sudah siap,” katanya.

Setelah kotak dan batang mancis telah siap, Mahmod berkata kedua-kedua bahan tersebut dihantar ke packing machine untuk dibungkus sebelum mengedar ke seluruh negara berdasarkan permintaan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

ASYIK STORYLINE SAMA JE, BOSAN! BETO KUSYAIRY BENGANG

Lumrah, apabila ramai peminat cerita dan filem melayu semakin beralih arah kepada cerita-cerita luar negara yang agak luas konteks pemikirannya jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan

Featured Sun, 24 Nov 2024
Trending Wed, 7 Feb 2018

全球最辣核爆级冰淇淋 吃一口前要先签「免责任声明」

一家位于英国苏格兰格拉斯哥的咖啡厅Aldwych Cafe日前推出了一款世界上最危险的「辣冰淇淋」,这款冰淇淋的辣度高达156.93万史高维尔(辣度单位),比《金氏世界纪录》认证,世界第一辣的印度魔鬼辣椒的辣度还要高,因而店家要求顾客必须年满18岁,并在购买前须先签下「法律免责切结书」。

Featured Mon, 17 Nov 2025

Foto Sambutan Hari Lahir Tular, Netizen Dakwa Mimi Lana Kini Hamil?

Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.

Hiburan Mon, 20 Apr 2026

Persembahan ‘Sejiwa’ Idea A Aida, Azeva Natassha Sebak Kongsi Pentas Dengan Ameng Spring – “Rasa Sayu, Saya Impikan Sejak Sekian Lama”

“Bila papa Ameng muncul di pentas, saya jadi sebak sebab ini memang sesuatu yang saya impikan sejak lama.” – Azeva Natassha.

Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Resepsi Eizlan, Natasha Penuh Istiadat

Seperti pinang dibelah dua!

Trending Fri, 24 Jul 2020
error: Content is protected !!