Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2022 @ 7:00pm

Tidak Menepati Piawaian Halal, Kotor & Menjijikkan, Kelulusan Penyembelihan Daging Import Syarikat Australia Digantung Serta-Merta

Susulan kes penyembelihan daging import dari Australia yang tular baru-baru ini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan bahawa pihaknya telah menggantung kelulusan penyembelihan dari syarikat penyembelihan yang diberikan kepada Thomas Foods International Lobethal.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), JAKIM bersama pihak berkuasa Australia iaitu Department of Agriculture, Water And The Environment (DAWE).

“JAKIM telah menjalankan siasatan ke atas loji sembelihan berkenaan dan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Australia,” katanya.

Perkara ini menjadi perhatian selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pekemas dan Sahabat 99 mendedahkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh syarikat di Australia.

Ia termasuklah pendedahan bukti berupa video, gambar serta keterangan saksi yang bekerja di syarikat terbabit.

Tegasnya lagi, badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan status halal ke atas loji sembelihan, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (Sichma) juga berkemungkinan dibatalkan status kelulusan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan SOP halal Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:Saksi Dedah Proses Sembelih Daging Import Dari Australia Haram, Kambing Dilemaskan & Penyembelih Minum Arak

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Jangan Buat Kerja Tuhan” – Ciapan Nabila Razali Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Meskipun kenyataannya itu bersifat terbuka, namun ciapan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Hiburan Tue, 15 Jul 2025

[VIDEO] Sebak Lihat Kalimah Allah di Langit, DSV Niat Wakaf Banglo Jadi Pusat Pengajian Al-Quran Arwah Nurly

Tulisan khalimah Allah atas banglo lama DSV mahu wakah untuk arwah Nurly Shahirah

Featured Sat, 15 Feb 2025

Hisyam Hamid Pilih Sukan Berkuda Sebagai Terapi – “Ia Juga Sebahagian Daripada Sunah”

“Ia memberi ketenangan kepada fikiran dan jiwa. Aktiviti ini adalah terapi untuk saya,” -Hisyam Hamid

Trending Thu, 12 Apr 2018

South Korea’s Hot Air Balloon Accident Causes 1 Dead and 12 Injured

It was a sudden crash that has shocked the nation.

Featured Mon, 7 Apr 2025

Badan Kelihatan Makin Berisi, Netizen Spekulasi Marissa Dania Kini Hamil?

Tahniah! Ramai yang cakap dah nampak babybump.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Terjawab Sudah Siapa Pelakon Popular ‘A.A’ Yang Kantoi Curang

Tak habis-habis lagi pasal kontroversi ni ye?

Hiburan Sun, 19 May 2019

Shima Anuar Tayang Bilik Bakal Anak , Cantik Kan?

Beruntung Sophea & bakal adiknya nanti!

Featured Tue, 12 Dec 2023
error: Content is protected !!