Featured By: Aqilah Paharuzi May 13, 2022 @ 4:30pm

Saksi Dedah Proses Sembelih Daging Import Dari Australia Haram, Kambing Dilemaskan & Penyembelih Minum Arak

Susulan isu penyembelihan daging di Australia yang dibangkitkan baru-baru ini, sorang bekas pekerja yang juga sumber utama mengenai kejadian tersebut tampil membuat pengakuan dan menceritakan hal sebenar.

Sumber yang bernama, Abdullah mendedahkan rumah sembelihan itu tidak mematuhi protokol sah halal dan segala prosedure penyembilan sebenarnya sangat jijik dan kotor.

Tambah Abdullah, rumah tersebut tidak sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA).

Malah, lebih mendukacitakan apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pakemas) yang bertanggungjawab memantau rumah sembelihan itu didakwa tidak melaksanakan tugas dan bersikap sambil lewa dalam isu halal prosedur sembelihan.

“Bagaimana pada 14 April la­lu Jakim boleh mengeluarkan kenyataan akhbar yang menya­takan proses di pusat sembelihan berkenaan itu tidak me­lakukan sebarang pe­langgaran protokol halal me­ngikut SOP.

“Walhal sehingga pada hari saya dipecat iaitu pada Jumaat 22 April, perkara itu masih berlaku. Malah, hanya ada dua pe­gawai untuk menyembelih 6,500 ekor kambing, sedangkan ia se­patutnya ada empat orang.

“Semua kambing itu dilemaskan dalam darah binatang yang disembelih sebelum itu seperti berlaku awal Januari lalu atau mungkin lebih awal da­ri itu. Persoalannya, adakah ini SOP baharu Jakim? Lemaskan kambing yang baru disembelih walaupun belum mati lagi,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan sebuah berita yang mendedahkan status halal mengenai rumah penyembelihan haiwan di Australia yang turut mengeksport daging ke Malaysia diragui mengenai prosedur penyembelihan dikatakan tidak mengikut syariat Islam.

Ekoran itu, JAKIM meminta penjelsan daripada pihak SICHMA dan agensi berkenaan telah memaklumkan Pegawai Atase Halal Jakim di Canberra selepas menjalankan audit berkala di rumah sembilhan berkenaan.

Dedah Abdullah, selepas isu ini tular di media Malaysia, pihak syarikatnya mengesyaki dia adalah ‘dalangnya’ yang bertindak membocorkan segala rakaman video dan gambar sebagai bukti salah laku sekaligus dipecat serta-merta.

Bukan itu sahaja, Abdullah turut berdepan dengan ugutan dan ancaman keselamatan terhadap dirinya dan keluarga. Namun, dia tetap bertekad untuk membongkarkan kegiatan daging haram tersebut.

Abdullah merupakan imam masjid dan guru agama di Australia meluahkan dia tidak sanggup melihat semua binatang ‘dilayan’ sangat kejam sebelum disembelih bersumpah memegang al-Quran untuk membuktikan pengakuannya benar dan bukan main-main.

“Ada kambing mati digigit haiwan liar seperti anjing yang berkeliaran di kawasan rumah penyembelihan itu sebelum sempat disembelih. Jadi status halal itu meragukan.

“Apatah lagi pekerja di pusat sembelihan terbabit yang menjadi pemantau halal juga tidak mengamalkan ajaran Islam se­bagaimana dituntut syarak. Tidak solat, tidak berpuasa dan minum arak. Malah ada yang tidak tahu pun nak menyebut perkataan Allahuakbar.

“Jadi bagaimana mereka bo­leh sembelih binatang yang di­ja­dikan makanan untuk orang Islam,” soal beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 13 May 2020
Featured Fri, 20 May 2022
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

“I Really Don’t Care Anymore”, Liam Hemsworth Claims to Had Enough of Miley Cyrus

Their breakup is shocking, but Liam’s take on their split is even more shocking!

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Aiman Hakim Buka Mulut, Jawab Tuduhan Fathia Latiff

Diharap kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik okay!

Trending Tue, 31 May 2022
Hiburan Mon, 9 Oct 2023