Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 17, 2022 @ 6:15pm

“Satu Penghormatan Besar Untuk Saya..” – TMJ, Che Puan Khaleeda Santuni Bella di Legoland

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri tercinta, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa termasuk adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Che’ Puan Khaleeda menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkongsi detik istimewa bertemu remaja sindrom down, Bella ketika berada di taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland), Johor Bahru pada Ahad.

Beliau yang lantang memperjuangkan nasib remaja berusia 13 tahun yang teruk didera itu berharap majlis berkenaan sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan dan mengukir senyuman di wajah mereka.

“Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu adik Bella serta rakan-rakannya.

“Semoga adik Bella, rakan-rakan dan sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar golongan istimewa seperti Bella diberi keutamaan dan perlindungan sewajarnya agar mereka juga dapat menjalani kehidupan seperti insan lain

“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya

Tinjauan di ruangan komen hantaran berkenaan mendapati ramai dalam kalangan selebriti dan netizen turut meluahkan rasa sayu dan mengucapkan terima kasih kepada TMJ serta isteri atas usaha murni pasangan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Apr 2022

Lirik Lagu Sesuci Lebaran Didakwa Hina Golongan Miskin, Ini Penjelasan Fedtri Yahya

Aik, dulu tak ada isu pun pasal lagu Siti Nurhaliza ni.. Aiyoo

Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Trending Tue, 24 Apr 2018

Jiran Sangka Wanita Itu Dah Meninggal Rupa-Rupanya…

“Lantai bilik itu juga dipenuhi najis serta berbau busuk. Saya kemudian memanggil jiran lain dan kami sepakat menghubungi polis untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Featured Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

TVB艺人江汉疗养院逝世!享年78岁

香港无线电视资深演员江汉惊传7日于疗养院过世,享年78岁,他的太太在8日晚间向媒体证实此消息,震惊不少圈中人。

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Hak Milik Pasaraya Jadi Persoalan, Rosyam Nor Buat Sidang Media Hari Ini

Sama-sama kita nantikan penjelasan usahawan berusia 52 tahun ini…

Trending Tue, 28 Apr 2020
error: Content is protected !!