Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 17, 2022 @ 2:00pm

Ibu Dedah Keperibadian Neelofa – “Tak Mudah Lupa Diri, Ambil Berat Adik Beradik, Memuliakan Ibu Bapa…”

Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi mengenai keperibadian Neelofa yang sentiasa memuliakan kedua ibu bapanya dan sentiasa berusaha memajukan diri terutama dalam perniagaan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Kartini menyifatkan Neelofa juga bukan seorang anak yang mudah ‘lupa diri’, malah sangat mengambil berat mengenai adik-beradiknya.

“Lofa ini kalau mama boleh gambarkan dia sangat istimewa. Tiga sikap buat dia berjaya, dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama… dia percaya reda ibu bapa.

“Dari dulu Lofa ada sikap mahu majukan diri sama ada secara peribadi atau luaran. Lofa memang sentiasa mahu jadi lebih baik, dia memang yakin apa pun terjadi sebab itu walau apa ujian kita nampak dia tenang.

“Bila dia berjaya, dia selalu ingat dari mana dia mula dan macam mana dia mula. Lofa juga tak akan lupa adik-beradik lain untuk naik sama-sama tak pernah berkira,” tulisnya.

Neelofa merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik termasuk lima berlainan bapa.

Menurut Kartini, Neelofa akan selalu menghubunginya untuk memohon doa dan keberkatan walaupun ketika berada di luar negara.

“Lofa kalau dia kat luar negara ada kerja ke apa-apa walau berbeza masa dia mesti akan hubungi mama minta doa. Jadi, mama malam selalu akan terus mengaji dan doa untuk Lofa,” jelasnya.

Kartini turut menjelaskan kasih sayang terhadap anak-anak bukan terhad kepada Neelofa seorang tetapi semua anak-anaknya.

“Bagi mama, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa. Kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanan dia… air mata dia jarang orang nampak.

“Kita semua boleh tengok jihad dia melawan diri dia sendiri ketika di puncak. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula, panggil ustaz, tak pernah berhenti perbaiki diri.

“Mama tahu setiap satu yang Lofa lakukan hari ini tak mudah untuk Lofa. Tapi Allah hadiahkan Lofa rumah tangga yang bahagia, suami yang baik bukti kekuasaan Allah asbab kebaikan yang Lofa buat selama ini.

“Mama cuma nak Lofa selalu kuat untuk mama. Mama akan terus berjuang bersama Lofa dan anak-anak lain. Mama bukan sayang dia seorang, semua anak-anak mama, mama sayang. Cuma mungkin sebab Lofa paling orang kenal,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Feb 2019
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Senarai Penuh Anugerah Skrin 2018 Yang Patut Korang Tengok!

Rancakkan perbualan ASK2018 di laman sosial anda dengan hashtag #ask2018!

Hiburan Thu, 18 Dec 2025

“Ramai Wanita Sebenarnya Kalah Dengan Emosi Sendiri” – Madammu

Kata Madammu, kegagalan mengawal emosi menjadi antara faktor utama yang sering menjejaskan wanita dan kehidupan mereka.

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

演员Josiah林伟利跨界餐饮业!经营「熊黑堂」奶茶生意

出身自八度空间真人选秀节目《非常演员》的Josiah林伟利跨界餐饮业,经营「熊黑堂」奶茶生意。

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Trending Wed, 20 Nov 2019

Betul Ke Penyokong Indonesia Ditahan ‘Orang Malaysia’ Dalam Stadium

betul atau tidak kena tunggu update terkini di medial sosial platform

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Masih Belajar, Fasha Sandha Minta Peminat Sabar

Jujurnya dia tidak kisah dan menunggu sehingga saya benar-benar sudah bersedia.

error: Content is protected !!