Hiburan By: Fatin Nurain May 18, 2022 @ 5:41pm

“Project Menyahkan Sampah..” – Gigih Bertukang & Dekorasi Bilik Tidur, Ramai Kagumi Kreativiti Shakilla Khoiriri

Pelakon Shakilla Khoiriri dikagumi peminat dan rakan artis selepas berkongsi momen dan kreativitinya menghias bilik sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla berkongsi perkembangan projek yang baru sahaja dimulakan.

“Today bukanlah hari special apa-apa pun. Tapi tarikh hari ni akan jadi hari, bulan dan tahun yang baik untuk aku dengan Ameena.

“Project menyahkan sampah dalam bilik utama ni baru 30 peratus siap. Banyak lagi parts yang kena tukar dan buang. Tapi share jugaklah yang simple ni buat kenangan dah tua nanti,” tulis Shakilla.

Menurut Shakilla, dia berharap momen yang dikongsikan itu dapat dikenang kembali di hari tuanya nanti.

“At least dah tua nanti dapatlah puji balik effort sendiri masa muda. Hahaha. Tapi sebenarnya bukan senang juga nak pasang shiplap tu.

“Menguji kesabaran dan keremajaan aku kadang-kadang dengan tak berapa sihat masa buat ni. Tapi gigih siapkan sebelum Ameena balik,” jelasnya.

Perkongsian itu turut menarik perhatian peminatnya dan rakan artis yang rata-ratanya kagum dengan kegigihan dan kreativitinya.

“Power la sis,” puji Indah Ruhaila.

“Mokkk pandai ya siap water level… Rajinnn.. Kita nak lipat kain pun malas haaa,” kata Sharifah Shahirah.

“Serius cantik. Salute mommy Killa .. Serba boleh.. Kalau akak rasanya tak jadi macam ni.. Untung Ameena dapat mommy yang serba boleh ni,” tulis seorang peminatnya.

Menerusi perkongsian itu juga, pelakon itu turut meluahkan rasa terharu dan sebak apabila usahanya dipuji dan dihargai anaknya, Ameena.

“Tapi penat dah terbayar bila bila aku cakap Ameena tengok mimi buat apa. Dia punya respon buat aku sedih. Dia cakap. “OH MY GOD mimi, mimi buat. Cantiknyaaaa.. Ameena suka!!! Thank you mimi buat untuk Ameena & mimi cantik-cantik.

“Hilang tau rasa penat tu. Sumpah hilang pi mana tak tahu. Selama aku buat macam-macam tak pernah rasa dihargai macam ni sekali. Rasa sebak macam nak terburai jantung.

“Dulu masa buat play house dia, dia kecil. Mulut tak banyak lagi. Sekarang ni Allahu. Thank you Ameena. You make my day,” kongsinya.

Shakilla turut berpesan yang hasil dekorasinya itu mengikut caranya tersendiri dan dia juga akan berkongsi lagi perjalanannya menghias bilik tersebut

“Saja nak pesan. Ni buat cara I dengan cara paling simple dah malas. Nanti kalau rajin I share lagi lah. Tengah fikir cat and perabot lain yang nak ganti. Tilam, katil bantal pun nak buang and ganti baru. Panjang lagi perjalanan bilik ni,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023

“Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

Aqish kata aktres wanita muda selalu buat content cringe.. siapa tu ek? 🥵😌

Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Trending Wed, 29 Jan 2020

3 More Wuhan Virus Cases Reported, Bringing A Total Of 7 In Malaysia

This is getting more worrying! Stay protected people!

Hiburan Sun, 22 May 2022

“Saya Beli Dengan Titik Peluh Sendiri” – Amar Baharin Bengang Dengan Pihak Pengurusan Rumah

Amar Baharin bengang tidak dibenarkan membuat pengambaran di rumah miliknya sendiri.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Netizen Samakan Ketiak Sharifah Sakinah Dengan Kuih Akok?

Terbukti, nak cantik itu bukanlah mudah seperti A,B, C ya. You Go Girl!

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Kenapa nak dengki dengan Zara pula ni?

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Ong Seong Wu’s First Fan Meeting in Malaysia Saw Over 4,000 Attendees

It was a fun evening for the fans and even for Ong Seong Wu himself.

Hiburan Mon, 16 Dec 2019