Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 19, 2022 @ 2:00pm

“Pedih Tak Tertanggung.. Seluruh Badan Luka, Berdarah..” – Ustaz Kazim Elias Dedah Keadaan Terkini Penyakit Misterinya

Pendakwah selebriti terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias tampil mendedahkan sakit misteri yang dialami semenjak setahun lalu itu masih tidak menemui sebarang rawatan untuk memulihkan penyakitnya.

Sejak semalam, tular sebuah foto tangan Kazim yang penuh dengan biji hitam di pergelangannya di mana Kazim memohon cari penawar.

Susulan itu, Kazim tampil membuat perkongsian terbaru di akaun Facebook miliknya mengenai keadaan dirinya setelah disyaki menghidap penyakit misteri.

Menurut Kazim, 49, dia telah mencuba pelbagai jenis rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan dan cuba menyembunyikan hal berkenaan namun turut akui tidak tahan menanggung kesakitan.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama 8 bulan ni, saya rasa saya tak boleh lagi sembunyi dari orang ramai.

“Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak.

“Bukan hanya di muka, malah seluruh badan. Ianya boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena.

“Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu. Saya rasa rendah diri sangat-sangat,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Kazim turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan keadaan mukanya dipenuhi dengan kesan lebam dan luka pada bahagian matanya.

Mengulas lanjut, Kazim berkata dia turut mengalami simptom seperti gatal, pedih serta gangguan emosi yang dikatakan telah mengganggu rutin tidurnya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya rasa saya perlukan pertolongan doktor atau perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok.

“Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya.

“Walaupun sakit tetapi saya tetap menerima semua jemputan ceramah dan program.

“Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

“Walau kadang-kadang dilabel sombong kerana tak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu-dulu, tetap saya tabahkan hati sebab saya tau orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.

Dalam pada itu, Kazim memohon maaf kepada semua pihak dan mengucapkan terima kasih kepada tawaran pelbagai pihak untuk mengubatinya.

“Terima kasih pada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepada saya. Saya dah berusaha berubat di banyak tempat tapi belum diberi keizinan oleh Allah.

“Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda.

“Mungkin ada di kalangan tuan/puan boleh membantu saya maka dengan tiu saya siarkan gambar lengan effect khas itu sebagai kiasan,” ujar Kazim merujuk kepada foto tular tangannya yang dikongsi pada Rabu petang.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa bimbang melihat keadaan terkini Kazim dan menitipkan doa agar diberikan kesembuhan segera kepadanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Dec 2025

Netizen Dakwa Eyka Farhana Hamil – “Soft Launch Baby Bump Ni”

Eyka Farhana curi tumpuan, didakwa berbadan dua

Featured Fri, 16 Jan 2026

Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

Menurut Siti, senaman beban penting bagi membantu menguatkan tulang dan memastikan tubuh kekal sihat seiring peningkatan usia.

Featured Sat, 27 Feb 2021

Pasangan Saintis Temui Penawar Covid-19 Terima Darjah Kebesaran

Nama pasangan suami isteri saintis Ugur Sahin dan Ozlem Turecis semakin mendapat perhatian ramai. Pasangan itu semakin dikenali kerana menjadi antara individu yang membangunkan vaksin COVID-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi. Susulan sumbangan mereka, Pejabat […]

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Romantic Echoes Bakal Gegarkan Zepp KL Dengan Persembahan Solo Pertama 6 Februari 2026!

Romantic Echoes bakal kembali menemui peminat Malaysia!

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Trending Mon, 20 Apr 2020

Kes Kluster Baru Ditemui Membabitkan 43 Orang Pelajar Malaysia Di Indonesia

Temboro,Indonesia telah diisytiharkan sebagai zon merah..

Trending Fri, 10 Apr 2020
error: Content is protected !!