Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 24, 2022 @ 6:34pm

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Pelakon Meerqeen menyatakan yang dia tidak memerlukan sebarang gimik murahan seperti bergaduh semata-mata untuk mempromosikan drama yang dilakonkannya.

Menurutnya, dia mempunyai cara tersendiri yang lebih baik bagi meraih sambutan daripada penonton kerana dia mempercayai bahawa para penonton mampu untuk menilai sesebuah karya tanpa sebarang gimik bodoh.

“Tak perlu gimik bodoh seperti gaduh dekat set la… kami tak perlu benda itu. Bagi saya, benda itu (gimik) terlalu murah sangat.

“Orang pun tak nak tengok benda itu… sebab mereka lebih nak tonton drama saja. Kalau buat gimik bodoh, akan naik dan turun cepat (populariti).” katanya kepada XTRA.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21 memaklumkan bahawa dia dan Anna Jobling iaitu heroin dalam drama tersebut mempunyai strategi yang lebih baik bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Melur Untuk Firdaus.

“Saya dan Anna ada strategi untuk buatkan drama lakonan kami ini meletup, dengan cara yang lebih baik berbanding buat gimik,” ujarnya.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi ketika sesi penggambaran Meerqeen menyatakan yang dia berasa hilang arah ketika melakukan babak terakhir pada hari terakhir penggambaran ketika disoal wartawan dalam sebuah sidang media secara maya drama Melur Untuk Firdaus pada Rabu lalu.

“Cabaran Meerqeen is last day last scene… sebab Meerqeen rasa macam lost sekejap.

“Don’t know sebab apa, maybe sebab overthinking nak habis benda ni, bayangkan that simple dialog Meerqeen buat dalam puluh-puluh take la jugak.” katanya dalam sidang media tersebut.

Terdahulu, Meerqeen merupakan seorang peserta bagi program Hero Remaja 2019/2020 dan memenangi tempat ketiga. Kini, dia mula dikenali dalam bidang lakonan apabila berjaya membawa watak Hakeem dalam drama Angkara Cinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

“BEDAH T***K TAK SIAP LAGI KE,” NETIZEN SINDIR SAFIEY ILLIAS

Adakah 31 Disember ini akan memberikan satu lagi perkhabaran bahawa Safiey Ilias akan bertukar semula menjadi “Sofea Ilias” atau sebaliknya?

Hiburan Mon, 19 May 2025
Trending Sat, 1 Jun 2024

Ibu Bapa Arwah Zayn Rayyan Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pihak Pendakwaan Ada Kes Yang Kukuh Terhadap Bekas Perdana Menteri – Tommy Thomas

Sehingga itu beliau akan menerima bahawa Najib Razak adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan.

Trending Tue, 26 Apr 2022
Drama Tue, 31 Dec 2024

Erysha Emyra Mendunia! Watak Aminah Dalam ‘Aku Bukan Ustazah’ Tambat Hati Peminat Drama Sangat Di Tahun 2024

Watak Aminah lakonan Erysha Emyra memang meninggalkan kesan di jiwa penonton Drama Sangat!

error: Content is protected !!