Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 1, 2024 @ 10:03am

Ibu Bapa Arwah Zayn Rayyan Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu disyaki membunuh.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini.

Menurut Hussein, kedua-dua suspek berkenaan ditahan hasil maklumat risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian.

“Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang. Tangkapan ini membantu siasatan.

“Mereka akan direman pagi ini. Siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ibu bapa kepada Zayn yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, pada Disember tahun lalu, ditahan polis semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Menurut sumber, pasangan berusia 28 tahun terbabit ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira 11 pagi.

Lelaki dan wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Apr 2025
Featured Wed, 20 Nov 2024

“Makanya Jangan Delusional” – Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Yuka Kharisma Tegur Siapa?

Yuka kelihatan menegur tindakan individu yang disifatkannya sebagai ‘delusional’.

Featured Sat, 11 Jan 2025

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Utama, Netizen Label Nad Zainal Berwajah Awam – “Lawa Atau Tak, Setiap Orang Ada Rezeki Masing-Masing”

Kata Nad Zainal, wajah ‘awam’ yang dimilikinya itulah menjadi punca dia ditawarkan pelbagai watak.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Bertemakan #NadaRasa, AJL 39 Janjikan Persembahan Mega 10 Finalis!

#AJL39 janji persembahan 10 finalis luar biasa!

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
error: Content is protected !!