Euforia Bola 2026
Selebriti By: Khairil Khusyairi September 15, 2023 @ 4:55pm

[VIDEO] Sahabat Dunia Akhirat! Mark Adam & Isteri Ziarah Pusara Arwah Siti Sarah – “Selamat Ulang Tahun Jah”

Umum mengetahui penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggalkan kita semua ke negeri abadi sewaktu berjuang melahirkan anak keempat, Ayash Affan serta melawan wabak COVID-19.

Biarpun dua tahun sudah berlalu, namun pemergian insan yang pernah bertakhta di hati pelawak Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad itu tetap segar di ingatan ramai sehingga kini.

Tanggal 15 September adalah merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi lagu Semakin ini. Turut memperingati adalah penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mark dan isteri menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah.

“Innalillahiwainnailaihiraji’un. Selamat Ulang Tahun Jah, Mu akan selalu dirindukan selamanya.

“Momen indah yang Mu tinggalkan dengan kami akan selalu diingati. Ku Rindu sangat Mu Jah. Beristirehatlah dengan damai di syurga.

“Semoga Allah memberikan Jannatul Firdaus dan mengampuni dosa-dosa Mu Jah. Al-Fatihah Buat Mu Almarhumah Siti Sarah Binti Raissuddin.

“Selamat Ulang Tahun Jah 15 Sept 1984 – 15 Sept 2023,” kongsinya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Shuib apabila dia tampil berterima kasih kepada pasangan ini yang menziarahi pusara Arwah.

“Terima kasih datang Kak Ezan dan Marky,” ucap Shuib.

Ternyata perkongsian tersebut menyentuh hati ramai apabila rata-ratanya menyifatkan persahabatan yang terjalin antara mereka sangat erat dan ikhlas.

Malah, ramai juga berkata Arwah Siti Sarah sangat beruntung dikurniakan rakan-rakan yang menyanyanginya.

Allahyarham Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan 2.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Jun lalu, Shuib berkahwin kali kedua bersama pasangan pilihannya, Watie Hanifiah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Uwais Buat Ramai Menangis Kenang Arwah Siti Sarah Sempena Hari Ibu – “Jauh Di Sudut Hati, Dia Memang Rindu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Pernah Terpadam Cinta & Sayang” – Ziarah Pusara Siti Sarah, Netizen Hiba Lihat Anak & Ayah Arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Hanya Mahu Lelaki Kaya, Fiza Halim Sedang Rapat Dengan Duda Anak Satu – “Yang Penting Bukan Suami Orang”

Fiza Halim enggan terburu-buru dalam berkahwin, masih kenal hati duda anak satu

Featured Fri, 13 Jul 2018

Ini Resepi Keropok Lekor Viral Guna Mi Segera. Memang Rangup Dan Sedap!

Sekali gigit memang rangup keropok lekor mi segera ini!

Trending Wed, 30 Aug 2023

Sambutan Penuh Harmoni Dengan Gema KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC.

Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu lalu. Sempena sambutan 50 tahun KFC […]

Featured Thu, 5 Jan 2023
Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Wed, 7 Feb 2024
Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

error: Content is protected !!