Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Fatin Nurain May 25, 2022 @ 1:45pm

Aeril Zafrel Tak Bercadang Guna Lamborghini Dalam Tempoh Lama – “Kemungkinan Kereta Ini Juga…”

Pelakon Aeril Zafrel tidak bercadang untuk menggunakan Lamborghini Aventador pemberian isterinya, Wawa Zainal dalam tempoh yang lama walaupun baru menerima kereta mewah itu bulan lalu.

Menurut Aeril, dia telah memaklumkan perkara terbabit kepada Wawa selepas mencuba membawa kereta itu.

“Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan.

“Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta baru ini dan selepas mencubanya beberapa kali kemungkinan kereta ini juga tak lama saya gunakan,” katanya.

Aeril turut menjelaskan isterinya sangat memahami tentang perkara itu dan dia bukan membeli kereta tersebut untuk menunjuk-nunjuk.

“Dia sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga ceritanya. Saya sekadar nak cuba memandu dan ‘feel’ kereta itu. Sejenis pakai nak rasa sekejap.

“Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video di Instagram,” jelasnya.

Sebelum ini, Aeril menerima kejutan istimewa daripada Wawa apabila isterinya itu yang menghadiahkan kereta mewah Lamborghini Aventador pada April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Apr 2026

Gayong 2 Kembali Dengan Skala Lebih Besar & Emosi Lebih Mendalam

Gayong 2 bukan sekadar mengangkat perjalanan seorang guru silat, sebaliknya menyelami sisi lain kehidupan Meor Abdul Rahman

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

侧田331来马为演唱会造势

号外!号外!侧田将会提前来马为《Chapter Free》演唱会马来西亚站造势!让我们一起在演唱会前夕与他练习全体大合唱,感动全场!

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Featured Thu, 9 Jun 2022
Trending Thu, 18 Jul 2019

Pemimpin Parti Jadi Dalang Video Semburit Haziq

Pemimpin Parti Politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.

Featured Mon, 18 Apr 2022
error: Content is protected !!