Featured By: Aqilah Paharuzi May 27, 2022 @ 3:59pm

“Antara Yang Ubah Saya Ke Arah Kebaikan,” – Pernah Jaga Ketika Hidap Bipolar, Faizal Tahir Dedah Keperibadian Yasin Sulaiman

Penyanyi, komposer dan pencipta lagu, Faizal Tahir mendedahkan sahabatnya, Yasin Sulaiman adalah antara individu yang banyak mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Pelantun lagu Sampai Syurga ini memberitahu dia banyak belajar mengenai kehidupan sebenar daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan al-Quran.

“Banyak yang saya belajar daripada Yasin Sulaiman sepanjang kami bersahabat. Saya belajar tentang al-Quran, tadabbur dan hal yang berkaitan dengan kehidupan.

“Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan antara manusia yang banyak mengubah saya ke arah kebaikan.

“Ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” katanya.

Faizal turut meluahkan rasa sedih atas nasib yang menimpa sahabat baiknya itu.

“Beberapa hari sebelum dia ditahan, saya memang berniat nak jumpa dengan dia. Sebab sudah hampir setahun lebih tidak bersua muka. Malangnya, hasrat hati saya tidak kesampaian,

“Saya cuba berhubung dengan dia tetapi tak dapat. Saya cuba hubungi peguamnya juga tidak berjaya, barangkali sibuk. Saya faham, waktu sebegini memang dia memerlukan sokongan dan rakan-rakan.

“Bila jadi macam ni sedihlah.. Lillahitaala, dia merupakan manusia paling baik yang pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.

“Hati dia bersih dia tak pernah buruk sangka dan dia sangat suka tolong orang. Kalau orang tengok saya macam ni yang saya dah lain, nama yang saya akan naikkan adalah nama Yasin.

Bercerita mengenai penyakit Bipolar yang dihadapi Yasin, Faizal memberitahu dia pernah menjaganya ketika Yasin mengalami simptom bipolar pada tahun 2013.

“Saya pernah menjaga dia sewaktu dia mengalami bipolar sekitar tahun 2013. Dia tanpa segan silu berkongsi mengenai perkara tersebut.

“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak belajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.

“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya.

Tambah Faizal, hukuman yang diberikan kepada Yasin dirasakan tidak masuk akal.

“Hukuman yang dia terima itu tak masuk akal pada saya. Kalau kita nak buat apa-apa pun, biarlah kita tengok latar belakang seseorang itu, dan kenapa dia buat perkara berkenaan, dan apakah perkara lain yang dia lakukan memberi impak kepada orang lain.

Terdahulu, Yasin Sulaiman, 47, ditahan atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di halaman rumahnya di Damansara pada 24 Mac lalu.

Berikutan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebaran tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Gempak/Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Featured Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Meet BTS Members’ Siblings a.k.a Your Future In-Laws

If you’re going to marry Oppa, you need to know his family.

Selebriti Fri, 8 Dec 2023
Events Wed, 27 Mar 2019

理念不合撤资咖啡馆!小东:9月重新出发

咖啡馆经营理念不合,小东决定撤资!“目前有在物色新店铺,预计9月重新出发。”