Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 27, 2022 @ 8:00pm

Kuat Cemburu Punca Kenapa Amira Othman Tak Pilih Artis Sebagai Calon Suami

Penyanyi, Amira Othman tidak berselindung apabila mengakui dirinya yang kini menginjak usia 29 tahun memiliki sikap kuat cemburu.

Baginya, memiliki sikap sebegitu membuatkan beliau sedar bahawa calon suaminya nanti bukanlah  dari kalangan anak seni atau pelakon.

“Saya tidaklah menetapkan syarat, atau kriteria tentang calon pilihan tetapi kalau boleh dia bukanlah anak seni.

“Saya seorang yang kuat cemburu. Jadi susah kalau dapat pasangan pelakon,” katanya.

Sebelum ini, Amira pernah berkongsi kepada media bahawa beliau pernah meletakkan sasaran akan berkahwin pada usia 30 tahun bagaimanapun, beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

“Niat dihati hendak berkahwin sebelum usia masuk 30 tahun, tapi buat masa sekarang belum ada perancangan ke arah itu. 

“Calon pun belum ada. Jika sudah ada saya akan kongsikan nanti,” jelasnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya pula, Amira mengakui beliau kini kurang menyerlah dalam industri tetapi dalam masa yang sama berharap agar akan ada karya baharu yang boleh menaikkan namanya kembali.

Terbaharu, Amira kini tampil dengan lagu duet bersama Faizal Tahir berjudul Alah Bisa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Haneesya Hanee Bengang Adik Dipanggil ‘Gajah’

Apabila di sekolah dia berkurung di dalam tandas dan tak mahu keluar sampaikan ibu saya terpaksa ke sekolah untuk melihat keadaannya.

Featured Thu, 25 May 2023
familuv Wed, 16 Oct 2019

10 tanda anak anda mangsa buli siber

Golongan kanak-kanak pun boleh terkena.

Featured Wed, 24 Sep 2025

“Tak Sabar Nak Jumpa Arwah Akiko, Bila Agaknya Allah Nak Panggil”- Kongsi Keadaan Kubur, Ridzokumura Luah Rasa Sebak

Ridzokumura sempat berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan keadaan kubur yang telah di gali beserta kapsyen meruntun hati.

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

环东艺校《听见你的声音》合辑阵容敲定2019年推出

环东艺校《我是练习生 -迷你演唱会3.0》圆满落幕!16位练习生及PK成功的素人歌手加入《听见你的声音》合辑阵容,预计2019年推出市场。

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Bestfriend sampai bila bila! Apapun, kita doa yang baik baik ok

error: Content is protected !!