Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir May 30, 2022 @ 5:22pm

“Tidak Ada Yang Mustahil Selagi Allah Izinkan…” – Ahmad Idham Bersyukur Anak Istimewanya Boleh Berjalan

Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham mengucapkan rasa syukur apabila anak istimewanya Ahmad Firdaus, 21, kini sudah boleh berjalan meskipun memerlukan alat sokongan.

Menurut Idham, ini membuktikan tiada perkara yang mustahil yang boleh dicapai kerana anak sulungnya itu telah disahkan mengalami focal encephalitis sejak kecil sehingga menyebabkan kesukaran untuk berjalan dan bertutur.

Perkongsian video tersebut dimuat naik di Instagram miliknya ketika melakukan aktiviti beriadah dan bercuti bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

“Antara aktiviti hujung minggu, bawa Abang (Ahmad Firdaus) jalan-jalan untuk latihan kuatkan kaki Abang.

“Walaupun kadang-kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai, namun tidak pernah ada yang mustahil selagi Allah izinkan ianya untuk berlaku.

“Abang, ketika usia 2 tahun doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.

“Namun, hari ini abang dah boleh berjalan walaupun memerlukan alat sokongan, tapi abang tetap berjaya lakukannya,” katanya.

Tambah Idham yang juga menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus itu dia amat berbangga dengan anaknyaa serta berharap agar lebih ramai anak istimewa dapat jalani hidup seperti manusia biasa.

“Daddy bangga dengan abang!

“Semoga lebih ramai anak-anak istimewa mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain,” ujarnya.

Ahmad Idham dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Firdaus, 21, Ahmad Aydeel, 18, Kintan Myra, 16 dan Ahmad Khaliff, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose

Tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun dia akan lebih berhati-hati.

Hiburan Mon, 9 Dec 2024

Kenyataan Disalah Erti, Shila Amzah Berang Ubai Didakwa Kaki Pukul

Kesal Ubai didakwa kaki pukul, Shila Amzah simpati nasib menimpa Zahnita Wilson

Featured Fri, 6 Feb 2026

Cubaan Rembat Pekerja, Fiziwoo Sindir Siapa Tu?

Fiziwoo meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan yang disifatkannya sebagai tidak profesional

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini

Trending Sat, 7 Mar 2026

Larrie Anak Malaysia Tampilkan Destinasi Menarik Serta Kekayaan Budaya Tempatan

Mengangkat tema ‘Larrie, Anak Malaysia for Visit Malaysia 2026’, jenama fesyen dan kasut tempatan itu mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Iftar Ramadan 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre

Featured Sun, 7 May 2023
error: Content is protected !!