Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 31, 2022 @ 5:27pm

“Bila sampai masa… Ada Ke Segmen Tribute Untuk Kita?” – Misha Omar Sebak Kenang Soalan ‘Tribute’ Siti Sarah

Penyanyi popular, Misha Omar mengakui tersentuh dan masih terkenang mengenai soalan yang pernah diajukan oleh rakan baiknya, Allahyarhamah Siti Sarah kira-kira 15 tahun lalu.

Menurut Misha, Allahyarhamah Sarah pernah bertanya kepadanya adakah akan ada segmen tribute khas buat mereka berdua andai suatu hari nanti mereka telah dijemput ilahi.

“Kak Chah (panggilan buat Misha) rasa, bila sampai masa kita, ada ke segmen tribute untuk kita?

“Saya ketawa memandangkan kami baru setahun jagung ketika itu. Saya kata kalau kita ada banyak hits (lagu popular), Insya-Allah mesti ada.

“Dia kemudiannya bertanya lagi: “Tapi nanti, siapa yang akan nyanyi lagu-lagu kita?” tulis Misha menerusi hantaran Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Katanya lagi, pemergian arwah Siti Sarah mengajar jiwanya untuk terus kuat dan arwah akan sentiasa menjadi kenangan dalam jiwa.

Beberapa hari lepas, Misha Omar tampil menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah Sarah sebagai persembahan tribute di sebuah anugerah berprestij baru-baru ini.

“Tugasan malam tadi amat berat untuk saya galas. Kerana hal ini pernah saya bualkan bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Setiap patah perkataan dalam lirik lagu Bersamamu hit me differently.

“Dilema perasaan antara mahu menyanyi dan menangis tiba-tiba bersatu menjadi segumpal rasa tersekat pada kerongkong, yang tidak juga saya temukan perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkannya,” kongsinya.

Menurut pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu lagi, persembahan tersebut adalah pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Impian Allahyarham Allah kabulkan, ada segmen tribute untuknya dan yang menyanyikan lagu hits beliau bukan calang orangnya, @ainaabdul.

“Pasti dia bangga masakan tidak, saya sahabatnya hati turut berbunga mendengar alunan Aina begitu baik melalui ke hujung dunia. Semoga kalian terhibur. Semoga nama Allahyarham tidak lekang dalam bacaan Al-Fatihah, Yasin dan doa kalian,” ujarnya.

Untuk makluman, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat Covid-19.

Arwah Siti Sarah telah meninggalkan suami yang juga pelawak Shuib Sepahtu dan permata hati, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, serta Ayash Affan yang berusia sembilan bulan.

Kredit foto: Jamilah Bidin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Nov 2019

Pesawat Bawa Racun Serangga Terhempas!

Nasib baik juruterbang selamat, kalau tak …

Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Ehem…siapa agaknya hero baru tu nanti eh?

Hiburan Tue, 13 May 2025

“Jurusan B*d*h dan Tiada Hala Tuju?” – Aaron Aziz Tempelak DMA Islam

Aaron Aziz tegur DMA Islam kritik jurusan Masscom tiada hala tuju

error: Content is protected !!