Euforia Bola 2026
familuv By: Maya Basir June 1, 2022 @ 4:22pm

Aril Pilus Tersentuh Tahu Maksud Surat Tulisan Mandarin Daripada Anak

Penyanyi dan pelakon Aril Pilus terharu apabila mendapat tahu maksud surat yang ditulis anaknya Tun Adriel Mikael, 7, khas buatnya dan isteri dalam bahasa Mandarin.

Menurut Aril, dia meminta guru bahasa Mandarin dari kelas tambahannya untuk menterjemahkan maksud surat berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairil Azam Pilus (@arilpilus)

Melalui perkongsiannya di Instagram, Aril mengakui sebak apabila mendapat tahu surat itu khas ditulis untuk dia dan isteri sebagai tanda kasih sayang seorang anak.

“Tersentuh hati aku bila aku tengah siap-siapkan anak punya tuition, aku pun text la teacher dia hal-hal homework dia, lepas tu anak aku cakap ada 1 paper tu, teacher sekolah dia suruh buat surat.

“Kita mak ayah tak faham mandarin, that’s why hantar dia tuition, memang struggle sikit ya kawan-kawan kalau anak sekolah mandarin ni.

“Jadi aku pun snap picture dan hantar pada teacher dia, tak lama tu teacher dia balaskan apa yang anak tulis, memang menyentuh hati,” luahnya.

Tambahnya, Aril turut berkongsi perbualannya bersama guru kelas tambahan itu yang menterjemahkan maksud surat tersebut.

“To my lovely daddy and mommy, I love you. I will study hard and repay you with love,” balas guru  itu dengan terjemahan.

Aril mendirikan rumah tangga bersama isteri pada 20 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

TAEYANG TIE THE KNOT 3 FEBRUARI INI?

Taeyang dan Hyo Rin juga dikatakan bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka secara tertutup dan akan dihadiri oleh teman-teman rapat mereka sahaja

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Isu ‘Sailang’ Tak Jejas Penyertaan, Star Vendors Himpun 36 Artis Popular!

Jangan ketinggalan untuk ke PWTC pada 24-26 Mei ini. Macam-macam ada tau!

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Makin Kurus… Nafi Putus Cinta, Yazmin Aziz Bahagia LDR Dengan Kekasih

Penyanyi Yazmin Aziz tampil menafikan dirinya kini sudah putus cinta dek kerana penampilannya yang semakin kurus. Menurut Yazmin, dia menganggap perubahan bentuk badannya itu adalah sebahagian daripada usahanya membuat ‘work out’. “Saya ada juga dapat […]

Trending Sun, 24 Jan 2021
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Anak Lelaki Eizlan Yusof Kemalangan

Difahamkan, Zareef dalam perjalanan ke lokasi penggambaran Mak Cun di Kuala Selangor.

Events Wed, 4 Mar 2020

[VIDEO] Ini Rancangan TV Terakhir Abam Sebelum ‘Pergi’, Confirm Bikin Ramai Netizen Sebak!

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Featured Wed, 27 Mar 2024

“Memaafkan Boleh, Melupakan Tidak”- Mimi Lana Kekal Hubungan Baik Dengan Syafiq Kyle

Mungkin boleh dipraktikkan untuk wanita-wanita di luar sana. Hati pun boleh lebih tenang kan?😉❤️

error: Content is protected !!