Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 19, 2023 @ 10:42pm

Alif Satar Akui Bayaran ‘OTT’ Lebih Tinggi, Platform TV Sesuai Untuk Jual Nama

Pelakon dan penyanyi Alif Satar mengakui platform penstriman atau Over The Top (OTT) menjadi pilihan kebanyakan pendatang baharu dalam dunia lakonan berbanding televisyen.

Menurut pelakon Bukan Sekadar Lafaz itu, bayaran untuk membintangi naskah di OTT lebih tinggi.

“Pelbagai faktor boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk memilih berlakon dalam platform OTT buat masa ini. Antaranya mungkin disebabkan bayaran, skrip atau pembabitan pelakon ternama kerana produksi itu memiliki bajet besar,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Alif turut menegaskan pelakon berhak membuat keputusan sendiri sama ada untuk terlibat dalam OTT atau drama di televisyen.

Selain itu, faktor penonton OTT juga berbeza berbanding drama TV. Jadi, terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan kerana tiada betul atau salah dalam hal ini. Mereka bebas untuk berlakon untuk mana-mana platform,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alif tidak menafikan platform televisyen amat sesuai untuk pelakon baharu menonjolkan bakat mereka.

Dedah pelantun lagu Anugerah Terindah itu. masyarakat luar bandar atau di kampung lebih menghargai artis dan akan teruja setiap kali dapat berjumpa secara bersemuka.

“Tetapi kalau mahu masyarakat di luar bandar mengenali anda, berlakon untuk TV adalah pilihan tepat. Bayangkan kalau pergi ke kawasan yang jauh dari bandar, mereka sanggup berhenti apabila melihat anda.

“Sehingga hari ini, saya kalau hendak buat lagu atau terima tawaran lakonan, saya selalu fikir adakah orang kampung akan menerima karya saya ini,” katanya lagi.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Apr 2022
Hiburan Mon, 24 Feb 2020

“Memang Level International”- Neelofa Jadi Selebriti Malaysia Pertama Dijemput Ke Pertunjukan Fesyen Mewah Versace

Seringkali kita melihat susuk selebriti dan personaliti Malaysia Neelofa hadir ke pertunjukan fesyen mewah di luar negara. Daripada jenama terkemuka seperti Dior, Giuseppe Zannoti, Bottega Venetta, Prada. Terbaru, pengusaha jenama Nealofar itu kini dijemput menjadi […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Trending Thu, 28 Apr 2022
error: Content is protected !!