Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 2, 2022 @ 7:31pm

Noh Hujan Terkesan Dengan Pemergian Remaja Yang Dijumpai Mati Dalam MPV

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh, 37, sangat terkesan dengan pemergian remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditemui telah meninggal dunia bersama seorang lagi rakannya dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di parkir sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada Ahad lalu.

Menurut Noh, Allahyarham merupakan pemain bass kumpulan muzik dan juga merupakan peminat tegar kumpulan Hujan yang mula dikenali ketika remaja itu baru berusia 15 tahun.

“Bagi saya, betullah pemergiannya satu kehilangan besar untuk industri muzik kerana dia satu-satunya pelapis berbakat luar biasa. Saya tak jumpa lagi mana-mana pemain bass muda yang memiliki kemahiran sepertinya.

“Arwah juga menjadi penggerak penting dalam kumpulannya itu. Kesungguhannya sebagai pemuzik sangat mengagumkan saya serta keseluruhan komuniti muzik yang mengenalinya.

“Sewaktu pengebumiannya, ramai sangat datang memberi penghormatan terakhir buatnya. Itu membuktikan betapa besarnya impak ditinggalkan kerana keperibadiannya pun memang sangat menyenangkan,” katanya.

Noh turut bersimpati dengan keluarga Allahyarham yang dianggap sebagai keluarga sendiri.

“Saya sempat ke bilik mayat di hospital untuk sama-sama memberi sokongan dan tenangkan ibu bapanya. Semestinya sayu hati melihat mereka meratapi pemergian anaknya pada usia muda begitu,” katanya yang kali terakhir berjumpa Allahyarham kira-kira sebulan lalu.

Menerusi hantarannya di Instagram, Noh memuat naik foto Allahyarham dengan kapsyen “Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un 2003 – 2022”.

Terdahulu, mayat dua sahabat yang dilaporkan hilang pada 23 dan 24 Mei lalu didapati tiada unsur jenayah dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) untuk bedah siasat.

Kes tersebut diklasikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 May 2024
Featured Wed, 12 Mar 2025

Kongsi Rutin Sepanjang Ramadan, Neelofa Habiskan 4 Jam Sehari Baca Al-Quran

Neelofa akan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk mengerjakan solat sebelum bersahur.

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Nyanyi Lagu Ciptaan Komposer Indonesia, Iman Darwisy Curah Perasaan Dalam Single ‘Kehilangan’

Iman Darwisy melancarkan ‘Kehilangan’, sebuah lagu balada yang mengangkat tema kasih sayang dan kerinduan terhadap insan tersayang.

Trending Fri, 27 Mar 2020

“Saya Bukan Bodoh, Tunjuk Mewah Lepastu Minta Bantuan,”- Black Hanifah Bidas Kecaman Warganet

PENYANYI Black Hanifah menerima kecaman teruk daripada netizen selepas mengeluarkan kenyataan mencadangkan pihak kerajaan agar tidak meminggirkan golongan penggiat seni tempatan. Menurut Black, penggiat seni juga turut menerima tempias kerana lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan […]

LIFESTYLE Mon, 2 Jul 2018

Ronaldo Terus Tinggal Di Russia?

Pelukis mural, Yulia Antipova telah mengabadikan wajah pemain terbaik dunia itu di salah sebuah dinding di kejiranan bandar berkenaan.

error: Content is protected !!