Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 3, 2022 @ 9:21pm

Digelar Zul Ariffin 2.0 Akibat Aksi Dukung, Hisyam Hamid Beri Penjelasan – “Saya Tak Dapat Elak, Memang Ada Dalam..”

Pelakon terkenal, Hisyam Hamid tampil memberi penjelasan mengenai isu ‘dukung’ heroin dalam drama ‘Kerana Aku Isteri Bidaan’, selepas terpalit degan kontroversi kes yang membabitkan Zul Ariffin sebelum ini.

Heroin yang merupakan pelakon baharu bernama, Scha Elinnea turut menerima kecaman yang teruk oleh netizen di mana mereka mendakwa Scha ‘suka’ apabila didukung oleh Hisyam.

Memetik laporan mStar, Hisyam, 37, memaklumkan dia enggan mengulas panjang mengenai isu ini kerana perkara ini dilihat sangat sensitif kepada segelintir pihak.

Justeru itu, Hisyam memilih untuk berdiam diri kerana bimbang setiap kata yang akan keluar daripada mulutnya boleh disalah tafsir oleh netizen.

“Perkara ini terlalu sensitif bagi sesetengah pihak. Jadi lebih elok saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir.

“Babak tersebut memang ada dalam skrip dan banyak projek lain sebelum ini mempunyai adengan seperti itu. Cuma penonton memberi perhatian kerana drama in imendapat sambutan yang baik,” katanya.

Baru-baru ini, video Hisyam mendukung Scha dalam drama tersebut tular di aplikasi TikTok sehingga mengundang tohmahan yang teruk daripada netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan Hisyam sebagai aktor yang tidak menjaga perasaan isteri, serta menggelarkannya sebagai Zul Ariffin 2.0.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Melampaunya Sampai Pegang Macam Tu” – Netizen Kecewa Hisyam Hamid Buat Aksi Dukung, Didakwa Tak Jaga Perasaan Isteri


Bagaimanapun, Hisyam akui setiap kritikan yang diterimanya itu memberi impak positif untuk dia memperbaiki kesilapan pada masa hadapan.

“Benda yang negatif pun boleh dijadikan satu perkara positif. Ini adalah satu teguran buat saya.

“Sebagai pelakon saya sentiasa akan kaji dahulu sesuatu babak. Selama in cuba untuk elak perkara sebegini berlaku tetapi ia terjadi kali ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hisyam turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong drama terbarunya ini atas sambutannya yang luar biasa.

“Memanglah saya gembira apabila drama kali ini mendapat sambutan. Penonton tahu susah-payah yang kami lalui sepanjang penggambaran drama ini.

“Saya rasa puas apabila usaha dan kepayahan sepanjang penggambaran dihargai penonton dengan sambutan sebegini,” jelasnya.

Jangan lupa saksikan drama Kerana Aku Isteri Bidaan lakonan Hisyam Hamid, Scha Elinnea, Lydiawati, Dato’ Jalaludin Hassan dan ramai lagi di slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di TV3.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Drama Tue, 12 Dec 2023

Tiada Ayah Di Sisi, Kasih Sayang Ibu Tiada Galang Ganti! Kuatkah Alice Bina Hidup Baru Di Kampung Baru?

Jom layan Alice Kampung Baru setiap Isnin hingga Khamis di Tonton!

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Dalam Perancangan Buat Konsert Di Singapura, Dolla Bersyukur Rezeki Semakin Murah

Kumpulan Dolla mendedahkan mereka kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert kedua di Sigapura pada tahun ini. Ia berikutan sambutan hangat yang mereka terima ketika mengadakan konsert pertama, Dolla Re:Birth The Experience di Zepp Kuala Lumpur […]

Trending Fri, 18 Oct 2019

Tahniah! Ini Pemenang Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2

Lebih style dan urban, dapatkan Huawei Watch GT 2 sekarang!

Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
error: Content is protected !!