Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 4, 2022 @ 7:29pm

Nurul Zahid Diangkat Naib Pengerusi MQ Tech, Netizen Persoal Kenyataan ‘Wanita Tak Layak Jadi Ketua’ Seolah Memakan Diri?

Baru-baru ini, anak sulung kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tular di ruangan media sosial selepas kenyataannya mengenai ‘Wanita Tidak Layak Menjadi Pemimpin’ yang mengundang sensasi netizen.

Video yang memaparkan sesi wawancara Nurul Zahid bersama Sinar Daily itu mencetuskan perbalahan antara netizen yang berang dengan pendapatnya itu serta dianggap tidak munasabah.

Susulan itu, muncul pula berita baru mengenai Nurul Zahid yang telah dilantik menjadi Naib Pengerusi untuk syarikat MQ Technology pada Jumaat.

Difahamkan, Nurul Zahid yang memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Lincoln turut berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Menara Rezeki Sdn Bhd.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan media sosial mendapati rata-rata netizen mempersoalkan pelantikan tersebut yang tidak sejajar dengan pendapatnya mengenai wanita tidak layak menjadi pemimpin, sepertimana yang kecoh di media sosial.

Artikel Berkaitan: #WhazzupNetizen: Nurul Zahid Sentuh Isu ‘Sexism’, Mak Wan Latah Sakan ‘Bergelek’ & Mulan Jameela Teruja Jumpa Fazura

Sumber: The Vibes, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Oct 2024
Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Trending Sat, 31 Aug 2019

Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Kena Denda RM2,800

Mungkin kena tukar nama kot supaya tak ‘nakal’ lagi

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Siti Saleha Jawab Isu Anak?

Bagi pasangan yang diijabkabulkan pada 28 Julai 2017 ini, mereka tidak pernah merancang untuk mempunyai anak. Tetapi berharap sekiranya dikurniakan zuriat, mereka akan menerima dengan hati yang terbuka

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Sat, 6 Jul 2019
Trending Sun, 13 May 2018

Dulu Jutawan Mewah Sekarang Tinggal Di Pondok Tanpa Elektrik

Dulu Seorang Jutawan, Kini Lelaki Ini Tinggal Di Pulau Terpencil Tanpa Bekalan Air Dan Elektrik

error: Content is protected !!