Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2022 @ 12:00pm

“Saya Mahu Elak, Tak Sanggup Dan Semestinya Tak Ada Pengganti Untuk Dia” – Shuib Enggan Jumpa ‘Kembar’ Siti Sarah

Selepas kehadiran individu yang dikatakan ‘kembar’ Allahyarham Siti Sarah pada sambutan ulang tahun kelahiran ke-66 pelakon veteran yang juga bapa kepada arwah, ramai dalam kalangan warganet yang menunggu dan tidak sabar mahu melihat reaksi pelawak, Shuib pula.

Bagaimanapun, permintaan segelintir warganet itu seolah-olah tidak akan berlaku apabila Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 33, menegaskan dia tidak sanggup  dan tidak sampai hati melihat individu tersebut.

Menurutnya, memori dan ‘keberadaan’ Siti Sarah masih kuat dalam dirinya.

“Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.

“Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat. Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama,” katanya.

Tidak kisah dengan tanggapan dan pandangan orang terhadap individu yang dikatakan ‘kembar’ arwah, Shuib akui dan percaya memang setiap dari manusia yang ada di muka bumi ini mempunyai kembar ataupun pelanduk dua serupa.

“Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki,”ujarnya.

Namun, tetap dengan pendiriannya, Shuib tidak akan berjumpa individu yang dikenali sebagai Emy Nur Faranizah itu dengan sebab rindu beliau terhadap Allahyarham Sarah tidak pernah habis. jelasnya.

“Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama,” jelasnya.

 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Feb 2021

“Beranganlah You Ni… Tak Sama Langsung” – Dikatakan Persis Jue Aziz, Wanita Ini Terima Kecaman Netizen

Seorang wanita menerima kecaman netizen selepas dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Jue Aziz. Semalam, tular sebuah sedutan video di laman sosial Twitter yang memaparkan seorang wanita berniqab dan lebih mengejutkan, wanita berkenaan disapa dengan panggilan […]

Featured Mon, 18 Jun 2018

Jangan Guna Putik Kapas Kalau Bersihkan Tahi Telinga. Bahaya!

Putik kapas akan menolak sisa-sisa tahi telinga yang terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam.

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Halil Chik Meninggal Dunia

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

error: Content is protected !!