Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 7, 2022 @ 3:41pm

Pemain Bola Sepak Direhatkan Kerana Disabit Kes Rogol – “Kami Tidak Akan Bertolak Ansur Dengan Sebarang Perlakuan Tidak Bermoral Oleh…”

Pemain bola sepak liga tanah air yang terpalit dengan kes rogol seorang gadis pada Mei lalu direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier.

Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, keputusan untuk merehatkan pemain berusia 28 tahun itu berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh dimaklumkan kelak.

Menurutnya, pasukan itu turut mengesahkan pemain mereka tersabit dengan isu rogol tersebut dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang.

“Pasukan menunggu laporan penuh berhubung kes berkenaan dan sentiasa mengutamakan undang-undang negara.

“Pihak pengurusan pasukan berpendirian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak dalam pasukan ini,” katanya.

Tambahnya, sekiranya pemain tersebut terbukti bersalah, pihaknya juga akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak.

“Pasukan juga berpegang kepada prinsip, ‘seseorang itu masih tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah’.

Terdahulu, polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan di Kota Bharu pada 29 Mei bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, tangkapan suspek dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) selepas mangsa berusia 18 tahun membuat laporan.

ARTIKEL BERKAITAN: Direman Selama Empat Hari, Pemain Bola Sepak Didakwa Merogol Remaja Perempuan

Sumber & kredit foto: Sinar Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Tue, 13 Mar 2018

Volkswagen Bus Is Back With A Revamp New Look And Features!

Volkswagen iconic Hippie bus gets a new look and the company will be releasing a newer version of the hippie bus, with I.D. Buzz and other new features!

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

‘Adat Program Realiti, Tekanan Mesti Ada’– Mas Idayu

Adatlah bila sertai program realiti, tekanan pasti wujud. Lebih- lebih lagi program D Academy Asia pula tu. All about dangdut!

Trending Wed, 3 Feb 2021

Todak Music Jalin Kerjasama Dengan Warner Music Malaysia

Todak Music dan Warner Music Malaysia melakar dua sejarah penting baru-baru ini. Kejayaan pertama dilakar menerusi penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman secara atas talian atau virtual/maya yang mengetengahkan format hibrid baharu. Penganjuran majlis menandatangani memorandum […]

Featured Fri, 15 Dec 2023
Trending Thu, 4 Mar 2021

Majlis Akad Nikah Bersemuka Dibenarkan Bermula 8 Mac Ini

Wah, dah boleh akad secara bersemuka lah…

Trending Thu, 30 Apr 2020
error: Content is protected !!