Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 1, 2022 @ 12:33pm

Direman Selama Empat Hari, Pemain Bola Sepak Didakwa Merogol Remaja Perempuan

Seorang pemain bola sepak liga tanah air direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan pada Ahad lalu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pemain bola sepak yang berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) selepas pihaknya menerima laporan dari mangsa yang berusia 18 tahun.

“Dalam laporan dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek,” katanya.

Menurut ketua polis tersebut, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan serta disahkan terdapat satu kesan koyakan baharu.

Muhamad Zaki turut menyatakan hasil siasatan, mangsa turut mengenali suspek yang juga pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.

Selain itu, mangsa turut memaklumkan pernah menerima gambar dan mesej berunsur lucah melalui WhatsApp daripada suspek tahun lalu.

“Suspek ditangkap pada hari sama di Kampung Kijang, Jalan PCB. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

“Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan. Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Mar 2022
Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Lagu Raya Tak Perlu Terlalu Kreatif!” – Noraniza Idris Puji Lagu Shiha Zikir, Tak Kisah Dilabel Tak Relevan

Menurut Noraniza, lagu raya tidak seharusnya terlalu mengejar trend muzik semasa

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Mon, 3 Nov 2025

“Saya Sendiri Nak Buat, Bukan Suami Paksa!” – Fatin Nafi Dakwaan Prince Syed Suruh Jalani Pembedahan Bariatrik

Fatin juga meluahkan rasa kecewa apabila isu pembedahan tersebut tiba-tiba dikaitkan dengan masalah rumah tangga mereka

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Trending Mon, 25 Feb 2019
Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

error: Content is protected !!