Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 17, 2023 @ 3:50pm

“Jadi Sahabat Jujur & Ikhlas Tanpa Ada Sebarang Kepentingan, Cemburu…” – Jauhi Rakan Toksik, Nur Fazura Serik Kena ‘Tikam Belakang’

Perkongsian terkini pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura mencuri tumpuan yang mengulas mengenai keperibadian sahabat baik dan ikhlas.

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, isteri kepada aktor Fattah Amin ini seolah-olah menggambarkan permainan jahat seorang rakan akan nelas terpancar di wajah mereka.

Dalam masa yang sama, aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia ini juga berharap pengikutnya akan menjalinkan hubungan sahabat yang baik tanpa sebarang kepentingan, cemburu hingga berpecah-belah.

“Jadi lah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan belakang. Kerana apa saja permainan berniat tidak baik, pasti akan terungkai pada sahabat yang sentiasa ikhlas pada mu.

“Siap lah saling berkawan dengan semua tanpa kepentingan, rasa cemburu dan memecah belah,” tulisnya dengan tanda pagar #muhasabahdiri #jadisahabattulus #baikdengansemua.

Nur Fazura

Menjengah ke ruangan komen, Fazura aktif membalas luahan hati pengikutnya yang juga pernah menjadi mangea ditindas oleh rakan baik sendiri.

Kata Faz, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih untuk berkawan dan menjadi individu-individu toksik dalam hidupnya.

“Kawan sy husband sy Kak Faz, start habis UNI dh tak brapa ada kawan.. Pernah kena kawan sendiri take advantage, so paksa kita jauhkan..,” tulis individu.

“Kak Faz pun sama je now lebih kurang.. takut dengan orang luar,” jawabnya.

Individu lain juga meluahkan perasaan yang teruk dipergunakan sahabat sendiri.

“Saya ikhlas berkawan dengan orang tapi kena tikam rupanaya dia busuk hati dalam diam dengan saya,” katanya.

Faz juga tampil memberi pendapatnya yang juga pernah berhadapan dengan perkara sama.

“Itulah manusia.. tak boleh percaya. Depan manis, dalam hati tuhan je tahu. Tak apa yang penting jangan kita yang aniaya orang. Mudah-mudahan.. aminn!,” ujarnya.

Sebelum ini, heboh di media sosial selepas selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa bersedia untuk berjumpa Fazura demi meleraikan ‘konflik’ 13 tahun yang berlaku antara mereka.

Susulan itu, Fazura memuat naik satu kenyataan balas di Instagram miliknya mengatakan naratif ‘perang dingin’ dengan Neelofa tidak pernah wujud seperti didakwa ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Tak Sebulu Dengan Nur Fazura… Neelofa Mahu Berdamai, Terbuka Hati Tamatkan Spekulasi Sengketa

Artikel Berkaitan: Fazura Persoal Niat Naratif Isu Perang Dingin Bersama Neelofa – “Tak Berkawan Bukan Bermaksud Bermusuh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

Featured Mon, 12 Sep 2022

[VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Teruja Anna Jobling Tersasul Panggil Meerqeen ‘B’

Tepi sikit, pasangan bahagia nak lalu ni hehe 🤪 Bersemut timeline min semalam tengok MeerNa dekat Terpaling Juara! 🥰🥰

Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Terbaik Berani Buat Stunt Sendiri!”- Uqasha Senrose Terjun Laut Tanpa Guna Stuntman Buat Ramai Tergamam!

Wowww!! Power lahh, bukan senang ya nak terjun laut dengan ombak kuat tu. Fuhhhh hebattt Uqasha tak nak pakai stuntman

Trending Wed, 13 Jan 2021

PKP 2.0: SOP Akad Nikah JAIS & JAWI Buat Bakal Pengantin

Wajib ikut SOP terkini buat mereka yang bakal bergelar raja sehari❤️

error: Content is protected !!