Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 8, 2022 @ 4:52pm

“Watak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Pengarah sensasi, Michael Ang berpendapat penonton merupakan faktor utama pelakon perlu ada wajah yang menarik menghiasi layar skrin.

Menurut Michael, pelakon yang dikatakan ‘tiada rupa’ mempunyai peluang tipis kerana stesen televisyen lebih mengutamakan kemahuan penonton.

“Penonton memang mahu lihat pelakon yang elok sahaja. Itu realitinya, tetapi bukan kata mereka yang tidak elok, tidak boleh menjadi pelakon langsung.

“Namun, peluang untuk mereka membawa watak utama, hero atau heroin itu agak sukar. Bagaimanapun, ada juga karya yang mereka ini boleh pertimbangkan untuk memegang watak utama.

“Melainkan jika ada banyak karya yang mempertengah watak orang yang sudah berumur, tidak cantik atau sebagainya,” katanya.

Tambahnya lagi, watak kurang upaya sekalipun diminta oleh penonton untuk dilakonkan oleh pelakon yang mempunyai wajah yang elok.

“Realitinya juga watak cacat sekalipun penonton tetap nak melihat pelakon yang elok untuk melakonkan karakter tersebut kerana ia watak utama.

“Kita sebagai pengarah atau penerbit nak menjadikan ia sebagai realiti, tetapi kita tahu penonton yang tidak boleh terima.

“Kalau hero tidak kacak atau sebaliknya, mereka tidak akan menonton. Walaupun bakat yang ada besar,” ujarnya.

Michael mengakui ada hasrat untuk mengambil pelakon yang berbakat besar dan berkaliber berbanding hanya mengukur ketampanan dan kecantikan wajah.

Namun, dia terpaksa akur dengan kehendak stesen televisyen yang mengutamakan permintaan penonton.

“Nak kata industri kita ini lebih pentingkan rupa berbanding bakat, ia tidak benar. Siapa tak nak yang ada bakat?

“Perkara ini sebenarnya tidak boleh salahkan sesiapa waima stesen TV. Ia kerana permintaan penonton.

“Bagi penerbit pula, mahu juga ambil pelakon yang bagus dan berkaliber. Tetapi kalau stesen sudah reject, tidak boleh buat apa juga. Selagi selera penonton kita tidak tukar, memang susah,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jan 2018

碗的风水禁忌 千万别把「饭碗」给丢了!

碗作为中国人日常必需的饮食器具,与中华传统文化密不可分。在风水学的角度来看,碗的风水也是很讲究,只有注意这些风水禁忌的朋友,才能带来更好的运势!

Events Wed, 12 Sep 2018

Pentas DFP ‘Bergegar’ 15-16 September Ini, Anda WAJIB Tonton Ya!

Kesemua gubahan lagu pada konsert itu nanti mendapat sentuhan penggubah-penggubah muda seperti Leonard Yeap, Luqman Aziz, Syed Sharir Faisal Syed Hussain, Jenny Chin dan Vivian Chua manakala konsert akan dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose.

Trending Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Persembahan Sentuh Hati Ramai , DSV Dedah Cik B Luah Segala Trauma Dikutuk Sejak Kecil 

DSV mendedahkan Cik B menjadi mangsa kecaman sejak kecil sehingga dirinya trauma. 

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Fri, 17 Feb 2023
error: Content is protected !!