Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2022 @ 5:45pm

Model Keluarga Contoh, Johan Ajar Anak Ilmu Tauhid – “Harta Saya Boleh Wasiat, Tapi Ilmu…”

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Johan dan isterinya yang juga seorang pelakon, Ozlynn merupakan antara artis yang sering dijadikan idola dalam kalangan rakan-rakan selebriti mahupun netizen terutamanya dalam mendidik anak-anak.

Seringkali dilihat meluangkan masa bersama anak-anak membaca al-Quran, solat berjemaah dan belajar ilmu agama, Johan mengakui tindakannya ini adalah tanggungjawab sebagai ketua keluarga, apatah lagi ini adalah perkara asas yang perlu diterapkan dalam keluarga.

“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.

“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Tambahnya lagi, ilmu tauhid itu adalah asas penting yang akan mengajar seseorang beragama Islam dalam mengenal pencipta-Nya.

“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu. Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.

“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Jan 2018

180公分最萌身高差!最高男与最矮女「世纪同框」

全球最高男性和最矮的女性在埃及金字塔前见面了!金氏世界纪录「最高男性」的保持者苏丹.科塞(Sultan Kosen)和全球最娇小女性的乔蒂.阿姆奇(Jyoti Amge)日前在埃及观光局邀请下,一同现身在吉萨大金字塔(Giza pyramids)前,两人身高差距达180多公分,让整个画面既震撼又有趣,堪称是最「萌」身高差。

Drama Wed, 8 Oct 2025

Jeon Yeo-Been Ubah Segalanya Dalam Drama Terbaharu, Ms. Incognito! Saksikan Sekarang Di Tonton

Ms. Incognito mula ditayangkan serentak di Korea dan Malaysia bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton!

Featured Tue, 10 Feb 2026

“Banyak Kebaikan Yang Dibuktikan, Akhlak, Jaga Anak & Maruah Diri” – PU Riz Titip Ucapan Sweet Sempena Birthday Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tidak pernah gagal menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Noor Neelofa

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Hari Ini’ Gabungan Idea Magis Hael-Ezra

Nak tengok Hael berlakon jadi suami paling sweet?

Featured Wed, 29 Oct 2025

Didakwa Fitnah Pengantin? Abby Abadi Tampil Bersuara!

Abby menganggap tindakan individu yang memfitnah dirinya sebagai berlebihan.

error: Content is protected !!