Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Fatin Nurain June 12, 2022 @ 4:27pm

Bapa Zulfarhan Tidak Setuju Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori, Saran Kerajaan Lakukan Undian Secara Terbuka!

Bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.

Menurut Zulkarnain Idros, langkah tersebut akan menyebabkan peningkatan kes kesalahan serius dan hukuman penjara seumur hidup juga tidak sesuai untuk memberi kesedaran dan iktibar kepada orang ramai.

“Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran dadah dan bunuh akan meningkat di negara kita.

“Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukumannya mati mandatori dikuatkuasa pun kes pengedaran dadah masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukumam mati dimansuhkan pula.

“Begitu juga kesalahan jenayah membabitkan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apakah keadilan atau hukuman wajar lain bagi mereka yang didapati bersalah membunuh. Adakah hanya penjara seumur hidup sahaja,” jelasnya.

Biarpun dia mengetahui hukuman itu masih wujud, Zulkarnain berpendapat hukuman selain mati mandatori yang dijatuhkan kepada pesalah itu, tidak adil buat keluarga mangsa yang menderita.

“Saya tahu hukuman mati itu masih wujud dengan hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah, namun adakah jika sudah sah bersalah membunuh orang tetapi hukuman selain mati mandatori pula diberikan. Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkarnain menyarankan kerajaan melakukan undian secara terbuka membabitkan rakyat jika sesuatu polisi besar terutama pemansuhan hukuman mati mandatori mahu dilakukan.

“Ia membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat,bukan hanya sekumpulan pihak sahaja yang mungkin ada kepentingan lain,” katanya.

Jumaat lalu, kerajaan telah bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Terdahulu, anak lelaki kepada Zulkarnain, Zulfarhan Osman telah meninggal dunia akibat didera sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi awam pada 1 Jun 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman Mati Mandatori Kini Dimansuhkan? Ini Info Terkini Yang Perlu Anda Tahu!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Feb 2018

7 Tip Asas Penting Penjagaan Kereta Ini Bantu Wanita ‘Terselamat’ Atas Jalan Raya

”Ramai kaum Hawa, Tahu Start Enjin Terus Jalan,” 7 Tip Asas Penting Penjagaan Kereta Ini Bantu Wanita ‘Terselamat’ Atas Jalan Raya

Trending Wed, 3 Sep 2025
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Sharifah Amani Dedah Pengalaman Berlakon?

Ada juga ye yang macam tu?

Featured Thu, 18 Dec 2025

Poster Duyung: Legenda Aurora Sekadar Gimik, Razak Mohaideen Perjelas Strategi Promosi Filem

Menurut Razak, pendekatan itu digunakan bagi memastikan filem tersebut mendapat pendedahan meluas.

Trending Fri, 30 Nov 2018

Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter ‘Menelan’ Bandar China

Tembok pasir setinggi 100 meter dilihat seperti ‘menelan’ seluruh bandar

Featured Wed, 4 Jan 2023

Gigih Bantu Cari Shot Cantik, Pasangan Ini Tak Perasan Remy Ishak Yang Tolong Ambil Gambar!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada pelakon Remy Ishak di TikTok yang menunjukkan Remy sedang membantu satu pasangan mengambil gambar di Tasik Cermin, Perak. Menerusi hantaran tersebut, Remy yang berpakaian […]

Featured Fri, 6 Aug 2021

Noraini Ahmad Umum Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Berkuat Kuasa Serta Merta

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Parit Sulong itu akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas. […]

Trending Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Fri, 27 Sep 2024
error: Content is protected !!