Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 13, 2022 @ 5:56pm

Wah, Untungnya Fazura & Fattah Dapat Hadiri Majlis Sambutan Peribadi Ulang Tahun Tengku Permaisuri Selangor!

Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi rasa teruja apabila berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi ulang tahun Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, kedua-dua pasangan selebriti itu telah memuat naik gambar sepanjang menghadiri majlis terhormat tersebut.

Menurut Fazura, dia bersama Fattah berasa teruja apabila kehadiran mereka sebagai salah satu hadiah kejutan disambut baik oleh Tengku Permaisuri dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.

“Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua.

“Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua,” tulis Fazura.

Selain itu, pasangan bertuah itu menganggap jemputan terbabit adalah salah satu kenangan yang bermakna dalam hidup mereka serta sempat memuji kesantunan pasangan diraja itu.

“Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian pengikut Fazura dan Fattah yang rata-ratanya kagum dengan peluang keemasan yang diterima oleh mereka.

“Alhamdulilah… Rezeki mama dan daddy Fatima berjumpa Tengku Permaisuri Selangor,” komen seorang pengikutnya.

“Masya-Allah, beautiful moments,” tulis seorang peminatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Events Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 9 Feb 2022

Semak SOP Baharu Umrah 2022 Berkuatkuasa 14 Februari Ini

Alhamdulillah, moga dipermudahkan bagi semua jemaah

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Trending Sun, 11 Jul 2021

Lockdown Jadi Sebab The Truth Tangguh Muzik Video

Mencabar dan penuh dugaan. Itu yang dapat disimpulkan oleh duo The Truth yang dianggotai oleh Naufal Isa dan Irwan Fariz ketika berkongsi proses penerbitan single Infiniti yang baru sahaja dilancarkan di semua platform digital. Menurut […]

Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!

error: Content is protected !!