Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2022 @ 3:21pm

Semak SOP Baharu Umrah 2022 Berkuatkuasa 14 Februari Ini

Mulai 14 Februari ini, kerajaan Malaysia telah menetapkan tiga Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi jemaah yang ingin menjalankan aktiviti umrah.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketiga-tiga SOP itu termasuklah individu bertanggungjawab / person-in-charge (PIC) dari ejen pelancongan yang bertanggungjawab  memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia.

Selain daripada itu, kerajaan juga turut mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah.

Apabila selesai ibadah mengerjakan ibadah umrah, bagi jemaah yang ingin menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman masing-masing dibenarkan tanpa memohon kelulusan Home Quarantine Application (HQA).

Manakala bagi jemaah yang ingin menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta turut dibenarkan dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

Namun bagi jemaah yang berangkat ke Tanah Suci mulai hari ini sehingga 13 Februari hadapan masih lagi terikat dengan SOP sedia ada.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2024
Trending Tue, 24 Jul 2018

Tolong Henti Fitnah, Roti Tak Uli Guna Kaki!

Sejak beroperasi saya gunakan doh roti canai yang sudah siap untuk membuat roti canai dan pekerja tak pernah uli sendiri tepung doh sebab hanya guna doh sudah siap dijual di pasaran oleh pemborong.

Hiburan Sun, 9 Jun 2024

Menangis Ramai Bantu Buat Persiapan, Elfira Loy Kongsi Perasaan Gembira Bakal Tunai Ibadah Haji – “Masih Tak Percaya”

Alhamdulillah, murah rezeki El 🫶🏻 Selamat menunaikan Ibadah Haji El ☺️

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Kontroversi Bukan Punca Putus Cinta, Intan Najuwa Kembali Solo

Patah tumbuh hilang berganti, InshaAllah ada yang lebih baik untuk Intan…

Trending Sun, 11 Aug 2024
Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

Trending Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Bukan Nak Tunjuk Hebat, Nourul Depp Tak Mahu Jadi Artis Bermusim

Saya harap, jangan tanya lagi fasal ini. Kalau ada persembahan, datanglah tengok. 

Hiburan Tue, 7 May 2024
error: Content is protected !!