Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 11, 2024 @ 4:04pm

Juicy Luicy Bakal Hangatkan Konsert Malam Galau Kuala Lumpur

Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, Juicy Luicy bukanlah satu nama yang asing bagi peminat muzik di Malaysia.

Terkenal sebagai sebuah band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, mereka sudah ‘menakluk’ peminat dengan muzik progressif yang kena dengan selera pendengar sejak band ini dibentuk pada 2006.

Berawal dari sambutan hangat yang diberikan peminat, Juicy Luicy bakal membuat persembahan sempena Malam Galau Kuala Lumpur bersama beberapa band lokal terbaik yang lain pada 8 November hadapan di Zepp Kuala Lumpur.

Gembira dengan peluang yang diberikan, band yang dianggotai oleh Julian Kaisar (vokalis), Denis Ligia (gitar elektrik), Zamzam Y.M (saxophone dan gitar akustik), Dwi Nugroho (drum), dan Bina Bagja (bass) bakal menghiburkan peminat di sini dengan rangkaian lagu-lagu popular mereka seperti Lantas, Sayangnya, Sialan dan Asing.

“Kami bersyukur dengan kesempatan yang diberikan untuk hadir sama menghiburkan peminat di Malaysia sempena Malam Galau Kuala Lumpur. Ini merupakan kesempatan yang tidak mungkin kami lepaskan memandangkan konsert itu nanti akan menjadi permulaan kehadiran Juicy Luicy ke sini.

“Pastinya banyak perancangan yang kami akan buat untuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Apa yang paling penting kami bukan sahaja mahu menambahkan bilangan peminat semata-mata tetapi juga mahu karya kami diterima baik oleh pendengar baharu,” kata Julian Kaisar yang juga merupakan vokalis band ini.

Kekuatan utama band ini pastinya kepada komposisi muzik yang segar, lebih dinamik seterusnya menangkap halwa telinga peminat meskipun baru pertama kali mendengarkan naskhah mereka secara langsung di sini.

Juicy Luicy juga saban tahun menempatkan nama mereka ke dalam beberapa anugerah utama muzik Indonesia termasuklah Anugerah Musik Indonesia (AMI), Bandung Music Awards dan Billboard Indonesia Music Awards melalui pelbagai karya yang dihasilkan.

Tambah manis apabila mereka berjaya memenangi kategori Duo/Grup of The Year sempena AMI26 (2023) menegenepikan nama-nama besar seperti Yovie & Nuno, Ungu, For Revenge dan Armada selain merangkul Duo/Grup Jazz Terpopular Bandung Music Award pada tahun yang sama.

Konsert Malam Galau Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh HashTag Media bersama Black Sky Enterprise sebenarnya turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang banyak membantu merancakkan agenda seni tempatan.

Menariknya, sejak konsert ini diumumkan secara rasmi kurang sebulan yang lalu, tiket-tiket sudah terjual bak goreng pisang panas menandakan maklum balas positif daripada peminat mereka di sini.

Menurut penerbit Konsert Malam Galau Kuala Lumpur, Elmi Elmo, dia menganggap kehadiran Juicy Luicy begitu istimewa memandangkan mereka sudah mempunyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhan.

Karya-karya yang dihasilkan mereka juga kena dengan selera pendengar yang sentiasa mahukan kelainan dari semasa ke semasa.

“Rangkaian lagu-lagu mereka kena dengan tema Konsert Malam Galau yang sudah diadakan beberapa kami sebelum ini. Atas dasar itu juga membuatkan kami yakin dengan kemampuan mereka untuk menghiburkan peminat di sini.

“Untuk band lokal pula, kami masih memilih band mana yang bersesuaian dan kena dengan konsep. Apa yang boleh saya katakan, akan ada empat band lokal yang akan bersama Juicy Luicy pada malam itu nanti,” kata Elmi mewakili HashTag Media.

Selaku penerbit bersama, Willy Dozan yang mewakili Black Sky pula menganggap percaturan membawa band ini sebagai satu langkah berani memandangkan mereka belum pernah muncul secara rasmi di sini.

“Pihak kami bersyukur dengan sambutan hangat yang diberikan oleh penggemar terhadap Juicy Luicy. Sebaik sahaja kami mengumumkan kehadiran mereka, jualan tiket sangat memberangsangkan membuktikan mereka sudah mempunyai peminat tersendiri.

“Sudah pasti itu bukan sahaja memberikan kelegaan tetapi juga menggembiran band itu yang mahu memberikan persembahan terbaik kepada peminat. Kami berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan mereka nanti,” kata Willy.

Sebagai info, lagu Lantas yang dikeluarkan pada 2020 banyak menaikkan nama mereka sehinga distim sebanyak 284 juta kali di Spotify. Malah beberapa lagu lain turut mendapat jumlah strim yang tinggi membuktikan karya mereka diterima ramai.

Konsert Malam Galau Kuala Lumpur bersama Juicy Luicy bakal berlangsung 8 November hadapan di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM128 (Teriak), RM 158 (Terpaling), RM 228 (Teresak), RM 288 (Tersendu) dan VIP Royal Box berharga RM 3088 (Tergalau). Layari laman web www.malamgalau.com untuk pembelian tiket dan informasi lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Jun 2019

‘Nak ‘Flirt’ Kena Ada Strategi’- Lelaki Ini Kongsi Tips Cari Calon Isteri Di Facebook

Moral of the story, jangan malu sangat nak mengorat tu kalau dah suka…

Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Trending Tue, 23 Mar 2021

“Siapa Kata Saya Nak Berlakon Jadi Cantik Je?” – Che Ta Akui Terkilan Dengan Pengarah

Selepas hampir 15 tahun bergelar pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh tampak ‘buruk’ sebagai pelakon. Che Ta […]

Hiburan Mon, 3 Apr 2023

“Tak Ada Wanita Yang Mahu Lalui Pengalaman Ini” – Bekas Isteri Sam Bunkface

Saya sedar saya orang biasa, saya tak ada pengaruh…

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik […]

Trending Wed, 25 Mar 2020
Featured Wed, 15 Feb 2023

Pernah Berhasrat Tak Mahu Sertai AJL 37, Aina Abdul Puas Raih Gelaran Juara.. Bakal Buat Konsert 3.0 Skala Besar

Fuhhhh! Tak sabar min nak tunggu konsert Aina Abdul 3.0! Berskala besar gaisss 🤩🤩🤩 Dengar cerita sampai tiga tempat? Powerr

error: Content is protected !!