Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 26, 2026 @ 12:46pm

“Saya Tak Menyebelahi Atau Mempertahankan!” – Rayu Netizen Hentikan Serangan, Adik Da’i Syed Mohon Maaf

Kontroversi melibatkan pendakwah selebriti sensasi, Da’i Syed, terus mencuri perhatian apabila adiknya, Syed Iqbal tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan hantaran terdahulu yang mencetuskan kemarahan ramai.

Menerusi satu kenyataan panjang di Instagram (IG), Syed Iqbal atau nama penuhnya Iqbal Jamalulleil mengakui kesilapan dirinya apabila berkongsi pandangan secara terbuka ketika berada dalam keadaan emosi sebagai ahli keluarga yang sedang diuji.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka. Saya sedar tulisan tersebut telah menimbulkan kemarahan, salah faham dan melukakan perasaan banyak pihak. Itu bukan niat saya,” katanya.

Iqbal bagaimanapun tampil menegaskan dirinya sama sekali tidak menyebelahi, mempertahankan atau meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan nilai moral, sekali gus menafikan dakwaan dia cuba ‘membela’ perbuatan abangnya itu.

“Saya ingin jelaskan dengan tegas, saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan dan tidak meremehkan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral,” tegasnya.

Menurut Iqbal, hantaran tersebut hanyalah luahan dari sudut peribadi serta proses muhasabah diri, bukan untuk membenarkan sebarang perbuatan mahupun menafikan kesakitan yang dirasai pihak lain.

Namun begitu, Iqbal mengakui keterlanjuran kerana membawa hal tersebut ke media sosial dan menyatakan penyesalan sepenuhnya atas tindakan berkenaan.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh bahawa perkongsian itu tidak wajar dibuat secara terbuka dan saya benar-benar menyesal,” katanya lagi.

Dalam pada itu, situasi menjadi semakin tegang apabila Iqbal mendakwa dirinya kini berdepan serangan, ugutan serta kebencian melampau yang turut melibatkan ahli keluarga dan rakan terdekat.

“Saya merayu agar hentikan serangan, ugutan dan penyebaran kebencian terhadap diri saya, keluarga dan rakan-rakan kami. Mereka tidak terlibat langsung dan tidak wajar menanggung perkara ini,” luahnya.

Mengakhiri kenyataannya, Iqbal memaklumkan dia memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu dan menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada saluran yang sepatutnya.

“Terima kasih kepada semua yang masih menjaga adab dan kemanusiaan,” katanya.

 

Artikel Berkaitan: “Solat Awal Waktu, Tak Henti Bertaubat Minta Keampunan Daripada Allah SWT” – Adik Dedah Perubahan Besar Da’i Syed Selepas Peristiwa Ogos 2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Aug 2025

“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

Katanya, sebagai seorang isteri, adalah tanggung jawab untuk menghargai setiap pengorbanan suami.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Trending Wed, 3 Feb 2021
Trending Tue, 31 Dec 2019
Cahaya Mata Wed, 7 Dec 2022

Ziarah Ayah Kepada Mangsa Dibaham Buaya, Ebit Lew Bergegas Dari Jakarta Ke Sabah

Pendakwah bebas Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi bapa kepada mangsa yang meninggal dunia akibat dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah.   View this post on Instagram   A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) […]

Hiburan Mon, 6 Apr 2020
Featured Tue, 9 Aug 2022

“Baju Terakhir Arwah Sebelum ke Hospital Jadi Pengubat Rindu” – Shuib Batal Niat Ubah Suai Rumah Gara-Gara Mimpi Sedih

Sedar tak sedar dah genap setahun Allahyarhamah Siti Sarah kembali kepada Pencipta. Semoga Shuib dan keluarga terus kuat. Al-Fatihah 🥀

error: Content is protected !!