Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 17, 2022 @ 8:00pm

“Siapa Dr. Azra ni? Tolong Munculkan Diri” – Ellie Suriaty Akui Terkesan, Mohon Jangan Permainkan ‘Cinta’ Azri Iskandar

Sebelum ini, heboh di ruangan media sosial mengenai kenyataan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam, Azri Iskandar yang berkongsi berita tergempar bakal berkahwin dengan penulis skrip, Dr. Azra Diera dalam masa terdekat ini.

Susulan itu, pelakon berkaliber, Ellie Suriaty memohon kekasih bekas suaminya itu untuk tidak berselindung dan tampil munculkan diri jika benar wanita berkenaan akan menjadi ibu tiri kepada anak-anaknya.

Dalam pada itu, Ellie mengakui dia sedikit pun tidak berdendam dan tidak kisah sekiranya Azri memilih untuk berkahwin lain, namun Ellie bimbang jika Azra mempunyai niat ingin ‘mempermainkan’ perasaan Azri kerana sehingga kini kelibatnya amat diragui sama ada benar ‘wujud’ atau tidak.

“Pada saya Dr. Azra kena muncul kan diri. Saya dah hidup 19 tahun dengan Azri dan tak kisah jika dia mencintai orang lain. Tapi, saya terseksa tengok dia.

“Walaupun saya dah bercerai, saya tak ada dendam. Jujur, saya tak suka tengok Azri macam ni, dikecam dan sebagainya.

“Siapa Dr. Azra sebenarnya? Bila kami anak-beranak search nama dia tak keluar sebarang info. Perkara tersebut menggangu emosi anak-anak saya. Dia kena tampil, kesian anak-anak saya tertanya siapa bakal isteri bapa mereka.

“Adakah dia ni benar, adakah dia scammer, dan bila meletakkan ibu sakit jatuh betul ke hospital mana? Jangan buat macam tu pada Azri.

“Kalau dia benar wujud, kenapa sewaktu program Melodi hubungi, dia bagi alasan sibuk dan seakan cuba mengelak. Kenapa malukan Azri. Hidup ini mesti dengan kebenaran dan jangan permainkan hidup orang.

“Dia pun tak pernah tanya fasal anak-anak saya. Anak-anak saya sangat beradab, bijak dan rasional, tapi bila dia cuba nak ambil kasih sayang Azri sepenuhnya dan tidak jelas pastilah anak-anak ambil peduli..

“Saya tak tau apa permainan dia dengan Azri. Kalau nak main cinta atau apa you come out as a person, jangan menyorok di sebalik online dan sebagainya,” luahnya.

Ellie ditemui media ketika tayangan perdana filem Mat Kilau pada malam semalam yang berlangsung di GSC Starling Mall.

Untuk rekod, Azri dan Ellie sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Sweet! Ucapan Bekas Vokalis Q-Face Untuk Wany Hasrita Tarik Perhatian Netizen

Padan kan dorang ni? Comel jer ucapan Fairuz untuk Wany…Yang penting gambar tu memang WIN!

Trending Thu, 29 Nov 2018

Hubungan Meghan Markle- Kate Middleton Dingin?

Rata-rata media antarabangsa melaporkan hubungan dua wanita dalam keluarga diraja ini kini tidak sehaluan. Betul ke ni?

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Tiada Niat Perli ‘Penunggang’ Agama

Itu hanya cebisan daripada realiti hari ini kerana di luar sana, masih ramai yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka untuk menegakkan agama…

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Ruhainies Mata Duitan, Betul Ke?

Apa yang menyebabkan dan menaikkan kemarahan Ruhainies

Featured Fri, 27 May 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023
Trending Tue, 26 Mar 2019
error: Content is protected !!