Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 2, 2022 @ 7:35pm

Pengurus Produksi A Aida Dakwa Syarikat Alami Kerugian, Dedah Tindakan Amelia Henderson Jejas Imej Syarikat

Susulan kes melibatkan perlanggaran kontrak drama Sekali Lagi Cinta Kembali, seorang pengurus produksi hari ini memberitahu pihak Mahkamah Sesyen bahawa syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat masalah terbabit.

Pengurus produksi yang dikenali sebagai Fazeyla Ahmad, 42, berkata, kos kerugian itu merangkumi bayaran pendahuluan terhadap Amelia, penulis skrip, penolong pengarah, suntingan, krew, pengangkutan dan peralatan penggambaran.

“Akibat pelanggaran perjanjian daripada defendan pertama (Amelia), kami telah mengalami kerugian selain terpaksa membuat penjadualan semula bagi penggambaran yang siap sedia untuk memulakan penggambaran pada 16 Jun 2022,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro,  saksi terbabit turut memaklumkan susulan tindakan Amelia, syarikat produksi terpaksa mencari pengganti bagi watak utama drama terbabit di saat akhir.

Manakala, berhubung hantaran Amelia di Instagram peribadi miliknya yang didakwa berunsur fitnah, saksi plaintif ketiga itu memaklumkan, tindakan aktres terbabit menjejaskan imej dan reputasi syarikat.

“Tindakan Amelia memuat naik kenyataan-kenaytaan berunsur fitnah telah tersebar luas di media sosial sehingga menjejaskan imej dan reputasi syarikat produksi. Secara teruk sebagai sebuah produksi yang tersohor di negara ini,” jelasnya.

Terdahulu, Datuk A Aida dan pelakon Idris Khan bersetuju untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan oleh penerbit tersebut di luar mahkamah.

Bagaimanapun, Amelia kekal dengan pendiriannya untuk meneruskan perbicaraan kes.

“Saya ada keyakinan. Saya rasa tidak bersalah, jadi saya tidak takut. Saya yakin dengan peguam saya dan yakin dengan kes saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ada Keyakinan & Saya Tidak Takut!”- Yakin Tidak Bersalah, Amelia Henderson Mahu Terus Lawan A Aida

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Utamakan ‘Rupa Paras’ Berbanding Bakat, Erma Fatima Pula Beri Respons Kenyataan A Aida

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Mar 2026
Featured Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Gimik Tak Sama, Janganlah Samakan Kami…

Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta. Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main…

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Ada Peminat DM, Cakap Vida Dah Kena Rampas” – Roslan Shah Tak Cemburu, Gembira Jika DSV & Fazley Yaakob Bertemu Jodoh

Roslan Shah tidak cemburu atau berkecil hati apabila DSV hangat dikaitkan dengan Datuk Fazley Yaakob.

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Kalau Tak Tahu Cerita, Lebih Baik Diam!

Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagi pula, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam, kata Salma.

error: Content is protected !!