Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2022 @ 9:31pm

“Kalau Ada Niat Nak Raba Orang, Baik Jangan Datang…” – SOG Beri Amaran, Minta Pengunjung Konsert Jaga Adab

Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 36, Sekumpulan Orang Gila (SOG) memberi amaran kepada pengunjung yang datang ke mana-mana konsert agar sentiasa menjaga tatasusila dan adab mereka.

Ia susulan insiden gangguan seksual yang berlaku di beberapa siri konsert melibatkan kumpulan itu sejak minggu lalu.

Menurut Raja Nazmin Shah selaku pemain dram kumpulan ini, beliau berharap agar pengunjung mempunyai cerminan diri yang bagus supaya orang lain boleh menikmati konsert dengan perasaan yang selamat.

“Gangguan seksual adalah perkara yang sangat berat. Dua kali terjadi perkara macam ni dalam persembahan kami minggu lalu.

“Tapi selagi boleh, kami nak  pengunjung rasa selamat dan mempunyai cerminan diri yang bagus. Kita tak nak lah golongan abuser ni ada ataupun wujud dalam scene kami. Sebab nanti dia akan libatkan pihak lain dalam masa yang sama mereka jadi punca orang lain takut nak datang konsert,” katanya kepada Xtra.

Sementara itu, vokalis kumpulan SOG iaitu Raja Nazrin Shah turut memberi amaran kepada pengunjung yang bakal hadir ke Sound Circus Festival 2022 yang bakal diadakan di Maeps, Serdang pada awal Julai nanti supaya mempunyai niat yang betul.

“Semestinya kita tak nak perkara macam ni jadi lagi. Bukan hanya di konsert kami tetapi, dimana-mana konsert sekalipun. Ada banyak grey area dalam kes ini dan kami tidak mahu saling menyalahkan.

“Cuma, kami nak ingatkan agar mereka yang datang ke konsert nanti dengan niat yang betuliaitu berseronok. Bukan dengan niat nak meraba orang lain,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media Sound Circus Festival 2022 di Kuala Lumpur.

Selain itu, SOG juga berharap pengunjung yang hadir terutamanya golongan wanita dinasihatkan supaya membawa teman masing-masing.

“Kalau boleh kepada pengunjung wanita bawa lah teman masing-masing. At least berteman. Sebab perempuan akan jadi minoriti dalam festival kali ni. Jadi kami minta kepada lelaki sama-samalah kita jaga keselamatan dan berikan ruang kepada mereka untuk menikmati konsert,” tegasnya.

Untuk makluman, SOG akan membuat persembahan pada acara kemuncak ‘Art of Speed Malaysia’ di Sound Circus Festival yang akan diadakan pada 2 dan 3 Julai 2022.

Berikut adalah barisan artis yang akan membuat persembahan antaranya,  Hujan, Kumpolan Tangan Hitam, Late Night Frequency, Prasasti, Sweetass, King I Balok People, Iqbal M, Monotones, Budak Nakal Hujung Simpang, Kugiran Di Tepi Pantai, Akeem Jahat, Ical Mosh, Armpunk Sindicate, Jemson dan The Times.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Demi Avenger: Endgame, Penonton Sanggup Bangun Awal & Serbu Pawagam!

Ratusan peminat filem Avenger mula menunggu di premis pawagam seawal jam 6 pagi, hari ini. Filem Avenger: Endgame yang mula ditayangkan hari ini memecah rekod apabila menerima kutipan sebanyak RM10 juta bagi pembelian tiket awal. […]

Drama Mon, 18 May 2026

“Saya Tumpang Aura Dia” – Zara Zya Teruja Kembali Digandingkan Dengan Adi Putra Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Selepas 11 tahun, Zara Zya & Datuk Adi Putra kembali disatukan dalam drama Luka Di Hujung Setia.

Hiburan Tue, 21 May 2024
Events Fri, 18 Jul 2025

Duet Bersama Ayda Jebat & Tribute Buat Arwah Gatot Kies… Konsert 29th Symphony Of Ungu Cipta Momen Indah!

Konsert 29th Symphony of Ungu ini dianjurkan oleh AVG Entertainment dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Hiburan Mon, 4 May 2026

Haniff Hamzah Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Fizi Ali Dalam ‘Hot Vibe Club’

Hot FM memperkenalkan Haniff Hamzah sebagai wajah baharu stesen itu.

error: Content is protected !!