Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 18, 2025 @ 11:33am

Duet Bersama Ayda Jebat & Tribute Buat Arwah Gatot Kies… Konsert 29th Symphony Of Ungu Cipta Momen Indah!

Terkenal dalam menghasilkan karya yang menginspirasi, Konsert 29th Anniversary Symphony Of Ungu bukan sahaja sarat dengan emosi tetapi perjalanan penuh nostalgia terutama buat peminat setianya di Malaysia.

Tampil dengan susunan muzik orkestra, Ungu menghangatkan pentas dengan dendangan lagu Melayang disusuli dengan susunan lagu cinta seperti Berikan Aku Cinta, Cinta Dalam Hati, Aku Tahu, Saat Bahagia, Aku Bukan Pilihanmu, Ku Ingin Selamanya dan Sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Konsert tanpa kejutan bagaikan kopi tanpa gulanya, masing-masing menuntut suasana manis bagi melengkapkan acara, justeru sempena sambutan ke 29 tahun kumpulan Ungu, penyanyi Ayda jebat dijemput sebagai tetamu undangan bagi mewarnai persembahan pada malam tersebut.

Menyampaikan lagu Tercipta Untukku dan Bismillah Cinta secara duet, suasana konsert terasa sedikit hangat dengan alunan muzik dan bait lirik romantis  yang didendangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Bagaimanapun, dalam kegembiraan meraikan peminat dan perjalanan karier, Ungu tampil dengan satu segmen istimewa khas bagi mengenang kembali rakan yang juga merupakan pemain keyboard mereka iaitu Gatot Kies Afierianto atau lebih mesra disapa Gatz.

Alunan lagu Bila Tiba dan Andai Ku Tahu beserta visual video dan audio Gatz ternyata mengubah emosi penonton secara keseluruhannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UNGU (@ungu_band)

 

Malah, seperti kebiasannya, Ungu juga tidak ketinggalan mendendangkan lagu hit mereka seperti Berjanjilah, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Hampa Hatiku dan Seperti Mati Lampu sebagai penutup acara mereka pada kali ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Untuk info, Konsert 29th Symphony of Ungu ini dianjurkan oleh AVG Entertainment dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

‘ Dia Kata Setuju’- JLo Bertunang Kali Keenam

Tarikh perkahwinan Lopez dan Rodriguez masih belum diketahui lagi memandangkan Lopez terikat dengan konsert jelajah seluruh Amerika Syarikat bermula 7 Jun sehingga 26 Julai.

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] “Datuk Vida Zaman Muda” – Netizen Kata Wajah Iman Troye Mirip DSV

Ramai netizen kata sama.. Tang mana sama tu agaknya eh? 🤔😅

Featured Mon, 3 Apr 2023

Diana Danielle Bongkar Farid Kamil Minta Buang Nama Bin & Binti Pada Anak-Anak

Seriuslah sampai tahap macam ni sekali? Sedihnyaaa..

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 12 Lebih Berseri Dengan Kehadiran Aafiyah

Alhamdullillah, first time celebrating our 12th anniversary with little angel #sitiaafiyahkhalid,” tulis Siti ringkas, namun penuh makna.

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Hiburan Thu, 26 Jun 2025
Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Henry Golding Will Be Playing a Gay Man Soon

Interesting in light of the massive debate going on right now.

error: Content is protected !!