Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2022 @ 5:55pm

“Contoh Majikan Terbaik” – Belanja Pekerja ‘Holiday’ & Beri Duit Poket, Ramai Puji Khairul Aming… Siap Ada Yang Minta Kerja!

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Amin sekali lagi mencuri perhatian pengikutnya apabila membawa semua pekerja kilang sambal miliknya bercuti ke Genting Highland.

Menurutnya, ia sebagai tanda penghargaan kepada semua pekerja selepas kejayaan penjualan sambal jenamanya itu laris terjual.

Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman, 30, berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter miliknya.

 

Bukan itu sahaja, Aming juga dilihat turut memberikan duit poket sebagai ‘reward’ kepada pekerja-pekerja beliau.

 

Rata-rata warganet memuji tindakan Aming yang begitu prihatin terhadap pekerjanya.

Malah, ada yang sempat berseloroh mahu Aming membuka tawaran pekerjaan kerana mereka juga mahu bekerja dengannya.

 

Terdahulu, kejayaan Aming terhadap penjualan Sambal Nyet miliknya menjadi tumpuan apabila berjaya mencecah jualan sebanyak RM7.5 juta dalam tempoh satu tahun sahaja.

Kejayaan itu sekaligus memberi peluang untuk beliau membuka kilang seluas 14,000 kaki persegi dengan menelan belanja sebanyak RM1 juta untuk tujuan pemprosesan dan pengeluaran sambalnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Sejauh manakah Spekulasi Hubungan Alyah Dan Datuk Ramli MS?

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Alyah dan Tok Ram

Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Hiburan Thu, 8 Feb 2024

Ruangan Komen Diserang, Netizen Salahkan Abby Abadi Terlampau ‘Back Up’ Anak – “Last-Last Anak Membelakangi Dia…”

Lain orang lain ujiannya 😌 Yang mengecam tu pun tak tahu apa ujian yang bakal menanti 😬

Featured Thu, 23 Oct 2025

Raf Yakob Setuju Kenyataan Raja Ilya, Suami Isteri Perlu Tahu Tanggungjawab Masing-Masing – “Ini Bukan Soal Siapa-Siapa, Tak Ada Orang Yang Sempurna”

Jelasnya, kunci utama kepada utuhnya sebuah perkahwinan itu adalah menjaga hubungan dengan Allah SWT, keluarga dan bersifat baik kepada semua.

Trending Sat, 9 Mar 2019

Terpaksa Batal Contest Pilih Durian Terbaik

Hanya kerana status di laman Facebook, lebih 10,000 penyertaan diterima. Contest apa tu?

Trending Fri, 24 Jul 2020
Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

Featured Thu, 17 Nov 2022
error: Content is protected !!