Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2018 @ 1:47pm

Jarak Usia Bukan Halangan Zara- Hafreez

Umum dah tahu pasangan selebriti ini sedang hangat bercinta. Masing-masing sudah mengaku dalam fasa mengenali hati budi dengan lebih mendalam.

Tetapi, pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam enggan ‘gelojoh’ untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“ Saya nak ambil masa kenali Hafreez lebih mendalam. Saya faham, ramai peminat mahu kami cepat-cepat kahwin. Tetapi saya dan Hafreez tidak mahu tergesa-gesa,” katanya.

Menurut Zara Zya, mereka sudah mengenali satu sama lain sejak empat tahun lepas tetapi mula rapat sejak lapan bulan lalu.

Bercakap soal jarak usia lima tahun antara mereka, pelakon berusia 33 tahun itu memberitahu tidak merasa apa-apa biarpun usia Hafreez lima tahun muda daripadanya.

“ Saya tak rasa lebih tua bila dengan dia. Saya jadi diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Karakter Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin yang bersahaja membuatkan mereka serasi bersama.

“ Paling penting, Hafreez matang dan mengambil berat. Kami ada chemistry,” katanya berharap peminat mendoakan yang terbaik untuknya dan Hafreez Adam.

Tak sabar rasanya kami nak merasa nasi minyak Zara Zya dan Hafreez. Kalau dah hampir tarikhnya, jangan lupa undang kami ya! Hehe…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Amylea Azizan Kembali Lebih Menyengat

Turut diakui oleh ramai rakan artis bahawa duet nyanyian Amylea dan Kaer ini juga merupakan satu fenomena

Featured Sat, 6 Sep 2025
Selebriti Sun, 8 May 2022

“Keturunan Apa Ni?…” Kecantikan Anak Que Haidar Jadi Bualan Warganet

Netizen terpegun dengan kecantikan anak perempuan Que Haidar

Featured Fri, 23 Dec 2022
Trending Hari Ini Tue, 10 Apr 2018

Tiada Ibu Yang Sempurna, Hanya Ibu Yang Sejati – Lady’s Choice

Objektif utama kempen ini adalah untuk membawa mesej “tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati.” Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan. 

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

Elfira Loy Belanja RM10,000 Mekap Di LA

Berhabis RM10,000 membeli pelbagai barangan mekap ketika menghadiri acara di Amerika Syarikat

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Impian Nak Ada Legasi Bisnes Pernah Jadi Bahan Ketawa, Neelofa Bersyukur Perniagaan Cecah 10 Tahun – “Jual Rumah, Kereta Nak Jadikan Modal”

Impian legasi bisnes pernah jadi bahan ketawa, Neelofa bersyukur perniagaan memasuki usia 10 tahun.

Hiburan Sun, 6 Oct 2019

Hafreez Adam Kehilangan Ayah Tersayang

Takziah Hafreez Adam dan keluarga

error: Content is protected !!