Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 24, 2022 @ 6:46pm

“Tak Mahu Tanggung Beban” – Syukur Boleh Tarik Nafas Lega, Konflik Shila Amzah & Media Selesai!

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah telah membuat satu pertemuan dengan pihak media Melayu bagi menyelesaikan ‘perang dingin’ yang telah berlaku selama lapan tahun.

Kini, Shila akui mampu menarik nafas lega kerana kemelut tersebut telah terlerai selepas lapan tahun menanggung beban.

“Jika ikutkan perasaan untuk berdamai ini telah timbul ketika saya hamil pada 2019, tetapi mungkin tidak termakbul ketika itu kerana masanya belum sesuai.

“Saya tidak mahu lagi menanggung beban di bahu saya kerana kemelut ini. Saya sudah tidak larat,” katanya.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 32, kejadian yang menimpa diri ini mengajarnya untuk berfikir dengan lebih matang.

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu juga, dia berharap perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat rakan selebriti yang lain.

Memetik laporan Boom, Shila turut meninggalkan pesan bahawa jika berlaku konflik dengan mana-mana pihak sebaiknya selesaikan dengan cara baik dan tidak perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk naik turun mahkamah.

“Kalau boleh saya hendak beritahu rakan-rakan artis yang lain supaya elakkan dan jangan buang masa turun naik mahkamah jika ada masalah dengan mana-mana pihak, sebaliknya selesaikan dengan cara yang baik,” ujarnya.

Ketika pertemuan, Shila dan pihak media berkongsi rasa mengenai kemelut yang dihadapi serta saling bermaafan untuk menamatkan konflik susulan kes saman menyaman pada tahun 2015 itu.

Untuk makluman, Mac lalu Shila telah meluahkan perasaan kesal atas tindakannya yang menyaman sekumpulan wartawan pada 2015 dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu temu bual dalam program hiburan.

Sumber: Boom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Mar 2024

“Asyik Nak Tunjuk Kau Punya Sabar”- Kakak Adira ‘Sound’ Datin Red, Dedah Adira Suhaimi Selalu Kena Buli

Betullah tu, mana ada kakak yang sanggup tengok adik dia kena buli 🔥🔥🔥

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Wed, 27 Apr 2022
Trending Mon, 16 Apr 2018

Polis Terima Laporan Mangsa ‘Samseng’ Sekolah

Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini…Jangan buat andaian bukan-bukan ya lepasni!

Events Mon, 17 Dec 2018
Trending Mon, 11 Mar 2019

大马荣誉头衔你知道几个?原来Dato和Datuk是有区别的!

许多人经常听到Dato和Datuk等的头衔,甚至有很多人还搞不懂,经常会将两者混淆;其实一点都不难分……

error: Content is protected !!