Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 30, 2023 @ 6:37pm

“Kena Ada Duit Sendiri, Tak Boleh ‘Reda’ Ja” – Ulas Isu Curang, Dayana Roza Beri Nasihat Untuk Wanita

Baru-baru ini, pelakon Dayana Roza memuat naik tangkap layar sebuah artikel yang berkisarkan tentang perlakuan curang suami terhadap isteri.

Susulan itu, Dayana tampil memberi pandangan peribadinya mengenai isu suami curang di Instagramnya.

Menerusi hantaran Instagram Storiesnya (IGS), Dayana menasihati bahawa para isteri perlu memiliki pendapatan sendiri.

“Sebab tu kalau boleh isteri kena ada duit sendiri. Zaman sekarang macam-macam peluang buat duit, dari rumah pun boleh,” katanya.

Tambahnya, isteri tidak perlu untuk sentiasa berasa reda dengan perkara yang terjadi dalam hubungan perkahwinan.

“So, perempuan tak perlu la asyik kena ‘Redha’ je dengan toxic marriage. Memang kesian anak-anak tapi kena kesian dulu kat diri sendiri,” jelasnya.

Kata Dayana, wanita yang bergelar isteri perlu untuk mempunyai mental yang kuat supaya dapat menjaga anak-anak dan tak perlu untuk menyeksa diri untuk berada dalam perkahwinan yang boleh memudaratkan kesihatan mental.

“Kalau mental dah lemah macam mana nak jaga anak-anak? Kalau dah melampau sangat terpaksa la angkat kaki.

“Memang takde orang nak kahwin cerai, tapi kalau sampai terseksa diri pun tak boleh jugak. Jangan biarkan mental anda kena abuse,” tulisnya lagi.

Menerusi entri tersebut, Dayana turut membuka ruang kepada wanita untuk memberi pandangan mereka mengenai isu tersebut dengan membuka sesi Q&A.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Bagaikan Jatuh Di Timpa Tangga Untuk Kamal Adli

Lepas satu-satu masalah timbul, baru lepas gagal dalam percintaan kali ini tentang diri yang mengalami kemalangan

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Achey Berpadu Suara Dengan Baby Feaaa & Tantari, Lagu ‘Ragam Raya’ Meriahkan Syawal!

lagu Ragam Raya Achey membawa kisah tentang keterujaan menyambut syawal

familuv Mon, 13 Jan 2020

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5  

Keluarga diraja Johor ini menjadi kesayangan bangsa Johor

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Trending Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Thu, 27 Dec 2018

‘Terima Kasih Suami’, Mawar Rashid Syukur Hajat Akhirnya Tertunai

Ini menjadi salah satu kenangan terbaik dan tidak dapat saya lupakan…

error: Content is protected !!