Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 25, 2022 @ 1:20pm

Disaman A. Aida, Amelia Henderson Pilih Berdiam Diri – “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya”

Baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson telah disaman oleh produksi penerbitan, A. Aida Production (AAP) gara-gara melanggar kontrak perjanjian sehari sebelum sesi penggambaran dimulakan.

Sedang isu ini hangat diperkatakan, Amelia mengambil keputusan untuk berdiam diri pada ketika ini.

Memetik laporan Boom, Amelia memaklumkan bahawa dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran dan meminta untuk menunggu kenyataan rasminya berhubung isu saman yang dikemukakan oleh Datuk A. Aida.

“Maaf, sekarang ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Tunggu kenyataan rasmi saya,” katanya ringkas melalui Whatsapp.

Sebelum ini, Datuk A. Aida telah membuat satu sidang media mendakwa dia telah ‘dikencing’ oleh Amelia Henderson dan Idris Khan kerana telah menarik diri pada saat akhir sebelum penggambaran dimulakan pada 16 Jun lalu.

Menurut penerbit Datuk A. Aida, Amelia telah menarik diri kerana skrip drama tersebut tidak mengikuti kehendak aktres tersebut.

Walaubagaimanapun, pelakon yang digandingkan bersama Amelia, Idris Khan turut disaman akibat penarikan diri dalam drama yang berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali dan dia telah memaklumkan bahawa bakal mengeluarkan kenyataan rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Melampau! Nama Mereka Mula Meletup Sebab Drama Saya!” – Tarik Diri Saat Akhir, A.Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Sumber: Boom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Fasha Sandha Mengandung Lagi?

Betul Ke Fasha Sandha Mengandung?

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Sat, 9 Oct 2021

Pandelela Rinong Kini Bergelar Datuk

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini. Pemenang pingat perak dan gangsa […]

Featured Mon, 4 Jul 2022

Hajat Paling Terindah, Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji

Alhamdulillah, seronoknya 🥰 Untung dapat tunai Haji di usia yang sangat muda 🥹🥹 Rezeki paling indah 🤩

Featured Mon, 30 Jun 2025
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan

Sebelum ini Siti Eklizad juga pernah menjalani pembedahan membuang cyst seberat 4 kilogram

Featured Sun, 5 Aug 2018

Pecah Stereotaip, Nurul Zuriantie Shamsul Juara Di Hati Rakyat Malaysia

Biarpun gagal meraih gelaran juara pengalaman itu menjadi momen terindah bagi Nurul.

error: Content is protected !!