Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 27, 2022 @ 5:02pm

“Sebenarnya Lepas Kes Tu Kami..” – Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Belum Berbaik?

Umum sedia maklum mengenai kemelut yang melanda hubungan penyanyi Shila Amzah dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang sering berbalas kenyataan antara mereka mengenai dakwaan bakal kembali bercinta lagi.

Artikel Berkaitan: Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

Artikel Berkaitan: “Abang Tak Main Ta*k Dik.. Adik Yang Gila Bayang..” – Muat Naik Foto ‘Cam Harem’, Peminat Terhibur Caption Sharnaaz Ahmad

Susulan itu, pelantun lagu Patah Seribu tampil menjelaskan mengenai status hubungan terkininya dengan aktor berkaliber itu menerusi beberapa hantaran ‘Ask Me A Question’ di Instagram miliknya.

“Secara jujur hanya nak tahu, dengan Sharnaaz korang masih berbaik?” Soal peminat tersebut.

Tampil menjawab soalan tersebut, Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah berkata dia masih belum berbaik dengan Sharnaaz setelah isu yang berlaku antara mereka sebelum ini.

“After apa yang dah berlaku lately, sejujurnya tidak..” tulisnya.

Dalam pada itu, Shila bagaimanapun mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah jika suatu hari nanti mereka digandingkan bersama dalam satu projek atau program yang sama atas bersikap profesional dalam industri seni.

Menerusi hantaran Instagram Story yang lain, Shila turut menjelaskan mengenai kenyataannya sebelum ini yang mendakwa hubungan mereka berdua tidak akan bersatu.

 

Malah, dia memohon agar peminat Shaarnaaz juga perlu belajar erti adab kerana dia tidak pernah bercakap kasar.

“Maksud Sha, cuma nak doakan kebahagiaan kami berdua berasingan, itu sahaja. Tau tau lah kenapa bahasa semudah ini pun tidak boleh difahami.

“Dan terus disalah ertikan. Peminat dia kena belajar adab sebab Sha tak pernah cakap kasar dan maksudkan benda yang tak elok,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Terima Mesej Berbaur Benci Daripada Peminat Akibat Tersalah Tafsir Pendapatnya, Shila Amzah Tampil Bersuara – “10 Tahun Berlalu, Masing-Masing Mesti Nak Yang Terbaik”

Sumber: Murai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Trending Thu, 27 Feb 2020

“Dah Memang LGBT Haram, Haram Tetap Haram”- Netizen Pertikai Lagu Akhir Zaman Bunkface

Tidak kurang daripada 24 jam lagu terbaru daripada kumpulan Indie, Bunkface iaitu Akhir Zaman dikeluarkan, single tersebut kini trending dan hangat diperkatakan di laman sosial. Lagu yang berjudul Akhir Zaman itu kini menjadi topik bualan […]

Trending Tue, 5 Nov 2019
Featured Sun, 28 May 2023
Featured Tue, 19 May 2026

Zizi Kirana Tegur Netizen Persoal Status Iddah – “Fokus Sumud Dik”

Zizi Kirana tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan status iddah nya.

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Enam Kitaran Kemoterapi Menanti, Shahronizam Tak Putus Ikhtiar Berubat Kampung Lawan Kanser

hahronizam meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang kuat daripada keluarga, rakan artis dan pihak produksi

Trending Thu, 19 Sep 2019

Rebecca Nur Islam Tetap Doakan Eina Azman Walaupun….

Tak pasal-pasal babitkan orang lain yang tak bersalah

Featured Sat, 6 Aug 2022
error: Content is protected !!