Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 28, 2022 @ 1:21pm

“Tinggal Anak-Anak Saya Macam Itu Sahaja” – Pembantu Rumah Ezzaty Abdullah Lari Ikut Lelaki Dari Aplikasi ‘Dating’

Pembantu rumah kepada pelakon Ezzaty Abdullah yang baru sebulan bekerja telah melarikan diri dan didakwa mengikut lelaki warga tempatan.

Memetik laporan Harian Metro, ketika itu Ezzaty sedang sibuk menjalani penggambaran dan lebih mencemaskan apabila pembantu rumah berusia 30 tahun itu meninggalkan dua anak kecilnya yang masing-masing berusia empat tahun dan empat bulan.

“Saya dan suami baru sebulan ambil pembantu rumah ini. Bayar kepada agensi sudahlah mahal. Ambil pun sebab kebetulan kami terbabit dengan penggambaran. Jadi, nak kena tolong jaga anak dan bantu apa yang patut di rumah.

“Dari awal dia bekerja saya tak ambil telefon bimbit sebab bagi saya ia adalah keperluan masa kini. Lagipun dia ibu tunggal dan ada dua anak di kampung. Jadi, bolehlah dia berhubung dengan keluarganya di sana.

“Dia telah memuat turun aplikasi dating dan melalui aplikasi tersebut dia telah berkenalan dengan seorang lelaki Malaysia yang menjanjikan pekerjaan di kedai makan dengan gaji RM3,000,” katanya.

“Disebabkan bimbang dia terpengaruh dengan lelaki itu, saya ambil telefon miliknya. Tidak sangka pula, jam 10 pagi tadi saya tengok kamera litar tertutup (CCTV) di rumah dia nekad melarikan diri dan meninggalkan dua anak saya,” katanya.

Menurut Ezzaty, suaminya, Azwan Kombos terpaksa bergegas pulang ke rumah dan sementara itu dia meminta pekerja kontraktor tengokkan sebenar anak mereka.

“Saya memang stres sangat sebab dia tinggalkan anak-anak saya macam itu sahaja. Nasib baik ada kerja-kerja pengubahsuaian di bahagian dapur rumah saya sekarang ini, jadi saya minta pekerja kontraktor itu tengokkan sebentar anak saya sementara suami sampai ke rumah.

“Tapi pembantu itu dapat ditangkap tidak jauh dari kawasan perumahan dengan bantuan jiran yang prihatin. Malah mereka juga yang maklumkan perkara ini kepada saya. Sekarang dia sudah di rumah.

Kata Ezzaty, pembantu rumah itu sudah dipulangkan semula ke agensinya dan insiden tersebut merupakan kali kedua dilaluinya yang juga melibatkan pembantu warga Indonesia.

Untuk rekod, Ezzaty dan Azwan telah mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 4 tahun dan anak lelaki berusia 4 bulan yang baru saja dilahirkannya pada 11 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro/Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Trending Mon, 22 Mar 2021

“Kalau Betul Nak Jadi Pelakon, Seriuslah!” – Izara Aishah Mohon Instafamous Tidak ‘Main-Main’

Ketika ditemui pada majlis 2 Legasi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah Khalid di Cyberjaya baru-baru ini, Izara Aishah mengakui kehadiran instafamous dalam industri lakonan pada masa kini semakin rancak.   Namun, Izara berharap […]

Events Tue, 4 Dec 2018

Jom Makan Cendol PERCUMA Dengan Penyampai Kool FM Sabtu Ini

Wah, free cendol for everyone…Jom ke empat lokasi terpilih bermula Sabtu ini!

Trending Wed, 19 Dec 2018

Sajat Kena Denda?

Semoga Sajat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Sitkom J.K.K Cetus Kontroversi Gara-Gara…?

Amboiiii, Pak Kodie ni pun!

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Jasmine Project Love Musim Kedua Tamat Dengan Penuh Emosi, RM200,000 Berjaya Dikumpul!

Jasmine Project Love musim kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan sebuah majlis penghargaan yang cukup bermakna.

error: Content is protected !!