Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 28, 2021 @ 7:24pm

“Saya & Nadiyah Shahab Kerap Berpindah Randah…” – Ben Ali Dedah Pernah Jadikan Pondok Rehat Sebagai ‘Kilang’

Pelakon Ben Ali tidak menyangka usahanya dalam bidang perniagaan membuahkan hasil.

Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, 30, tidak menyangka kerja kerasnya bersama isteri, pelakon Nadiyah Shahab membuatkan mereka mampu memiliki kilang sendiri di Taman Perindustrian Bukit Serdang.

Ben dan Nadiyah kini menerajui jenama Absolut Brands Sdn Bhd dan kilang berkeluasan 14,000 kaki persegi itu menjalankan operasi perniagaan Absolut Chocolat serta dua lagi perniagaan lain iaitu Absolut Food Festival dan syarikat pengurusan artis, Absolut Talent & Management.

“Saya mengemudi perniagaan ini bersama Nadiyah. Kami berdua melalui suka duka, turun naik. Tapi semua itu jadi kenangan dan pengalaman berharga. Bayangkan di pondok rehat perumahan awam yang terletak di perumahan awam Sri Sabah, Cheras, kami menjalankan segala operasi dan urusan.

“Di situlah kami membungkus kek ke dalam kotak beserta sos. Sukar dibayangkan memori itu, namun rezeki tak pernah salah alamat. Pendek kata macam-macam lagilah segala kerja saya dan isteri buat.

“Malah kami pada awalanya pernah melakukan khidmat penghantaran kepada pelanggan. Kemudiannya, kami berpindah ke khemah menjual air kelapa yang juga di Cheras. Selepas sekitar dua tiga minggu menumpang di khemah itu, kami menyewa pula suku lot berdekatan stesen LRT Cheras.

“Dalam tahun 2018, memang kami kerap ‘berpindah randah’ dari satu tempat ke tempat lain. Kemudian kami bertukar ke Medan Connaught Cheras hujung tahun sama. Lama kelamaan, bisnes kami makin berkembang,” kata Ben.

Menurut Ben, dia bersyukur perniagaan mereka yang berasaskan F&B (Food and Beverages) dan dalam talian masih ‘bernafas’ ketika pandemik COVID-19 melanda sejak Mac tahun lalu.

“Kami hantar ke rumah dan orang ramai hanya menempah dalam talian untuk menikmati apa yang ditawarkan.

“18 Februari depan genap tiga tahun jenama kami. Tanggal 22 Januari yang lalu, jenama itu berpindah ke kilang yang kini tersergam indah

“Kami juga terbuka dan mencabar diri untuk bereksprimen dengan benda baru.  Susah sebenarnya nak kekal relevan dan mengeluarkan produk unik dan lain daripada yang lain,” katanya.

Ben menambah, dia berharap tahun 2021 penuh mencabar ini akan terus memberi sinar kepada jenama perniagaannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Apr 2026

Adira Suhaimi Kecewa Datuk Red Minta Bayaran RM100,000, Kes Pengesahan Lafaz Rujuk Ditangguh

Kes pengesahan lafaz rujuk antara penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang pada Khamis ditangguhkan pada 25 jun depan.

Featured Thu, 22 Apr 2021

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di […]

Featured Fri, 15 Apr 2022

#JusticeForBella: “Siap Buat Peace & Mini Love” – Foto Barisan Peguam Dengan Siti Bainun Dikecam Netizen

Bahagianya.. Sikit pun tak rasa simpati dekat nasib adik Bella ke…? 😭😭

Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Nash, Zamani, Ameng & Jatt Ali Bergabung Dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat

Konsert ini bakal diadakan pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Featured Tue, 10 Dec 2024
Featured Thu, 15 Jun 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!