Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 6, 2023 @ 11:50am

“Nama Dah Ada, Saya Akan Umumkan Nanti” – Datuk Jamal Abdillah Teruja, Bakal Sambut Kelahiran Baby Girl 14 April Ini

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah teruja apabila bakal menyambut kelahiran anak keenamnya pada 14 April ini selepas mendapat nasihat dan keizinan daripada doktor.

Menurut penyanyi berusia 63 tahun itu, dia mahu tarikh 1 April sebagai tarikh kelahiran anaknya, namun doktor menasihatkan agar tidak berbuat demikian memandangkan keadaan bayi yang masih tidak stabil apatah lagi proses kelahiran nanti dijalankan secara pembedahan (czer).

“Kalau ikutkan, saya mahu tarikh 1 April untuk isteri lahirkan anak bongsu kami bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-6, tapi doktor kata tarikh itu tidak sesuai dan memberikan tarikh 14 April ini.

“Tapi Alhamdulillah sambutan hari raya Aidilfitri saya sekeluarga tahun ini bersama-sama cahaya mata baru yang juga bayi perempuan akan dilahirkan isteri pada 14 April ini secara pembedahan,” katanya.

Datuk Jamal Abdillah bersama Tajul hadir ketika Majlis Berbuka Puasa FMC di Tenera hotel, Bangi baru-baru ini.

Jamal berkata demikian ketika majlis berbuka puasa dan pelancaran lagu raya bersama syarikat pengurusan FMC bertempat di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.

Ketika ditanya mengenai pemilihan nama anak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini,  pelantun lagu Azura itu bagaimanapun mengaku sudah menemui nama yang sesuai untuk anak perempuannya itu.

“Memang tidak dapat dinafikan, banyak juga nama yang dicadangkan peminat kepada saya menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagram. Tapi, Alhamdulillah saya dapat juga mencari sendiri nama sesuai dan mempunyai makna yang baik untuk anak.

“Nama yang dipilih itu saya rahsiakan dulu. Saya akan umumkan selepas bayi lahir nanti, baru ‘best’ (sedap) nak cakap. Tambah pula, bayi dah ada depan mata,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jamal bersyukur apabila dalam usia 63 tahun ini dia masih dikurniakan dengan rezeki zuriat hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28.

Bagaimanapun, isterinya itu dinasihatkan tidak lagi hamil oleh doktor selepas ini  dek kerana sudah empat kali menjalani proses pembedahan untuk melahirkan anak.

“Alhamdulillah, dah empat orang anak cukup lah. Itu sahaja buat saya bersyukur sangat. Doktor pun nasihatkan dan tak benarkan isteri saya hamil lagi kerana semua anak lahir secara pembedahan.

“Apapun, syukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri saya sekarang berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup,  mereka dikurniakan dengan tiga anak iaitu, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal turut memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

Dalam perkembangan lain, Datuk Jamal akan tampil dengan lagu raya baharu berjudul Rindu Di Hari Lebaran ciptaan komposer terkenal, S Atan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Tiga Episod Menuju Final, Leftenan Zana Raih 10 Juta Penonton!

Teruskan menonton Leftenan Zana yang dibarisi pelakon hebat seperti Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman yang akan tamat pada 15 Mac ini setiap hari Rabu hingga Jumat, jam 9.00 malam hanya di TV3.

Trending Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Events Tue, 14 Mar 2023
Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

Featured Thu, 26 Mar 2020

Roti Gardenia dijual pada harga RM500? Cekik darah betul!

Perbuatan individu tidak bertanggungjawab

Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Featured Mon, 6 Apr 2026

“Moga Kali Ni Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Saya & Anak-Anak Tunggu Awak Balik”- Nadzmi Adhwa

Nadzmi menitipkan doa buat isterinya itu sekali gus berharap misi kemanusiaan kali ini berjaya.

error: Content is protected !!