Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 28, 2022 @ 3:03pm

“Janin Keluar Atas Tapak Tangan, Rasa Pergerakan Sebelum Tali Pusat Dipotong..” Rafidah Ibrahim Keguguran

Pelakon, Rafidah Ibrahim berkongsi berita duka apabila dirinya hanya sempat merasakan pengalaman berbadan dua selama empat bulan, setelah dikhabarkan keguguran pada Jumaat lalu.

Berita sedih tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya malam semalam.

Mengulas lebih lanjut, Rafidah berkata seluruh badannya mengalami kesakitan namun tetap mencuba untuk menahan sehingga mendapati janin bayinya terkeluar dari rahimnya.

“Petang, dari pukul 5 perut saya rasa terlalu sakit dan saya sangkakan angin yang terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.

“Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yang tahu.

“Sebelum masuk waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika itu terasa sesuatu ingin keluar.

“Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.

“Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat,” katanya.

Ujar Rafidah lagi, segala rasa sakit yang ditanggung olehnya lesap setelah melihat janin anaknya jatuh di atas tapak tangannya.

”Pada waktu itu, perasaan panik ada, nak nangis pun ada tapi bila saya pegang janin itu, Subhan-Allah, indahnya ciptaan Allah SWT.

“Perasaan panik dan sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat,” luahnya.

   

Dalam hantaran yang sama, Rafidah berkata jantina bayi tidak dapat dikenal pastu, namun, dia dan suami memutuskan untuk memberi nama Abdullah, yang bermaksud hamba Allah.

Difahamkan, ini kali kedua Rafidah keguguran, kai pertama dia keguguran adalah pada November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023

Didakwa Kena Sidai 4 Jam, Individu Tampil Dedah Cara Kerja Janna Nick?

Alamak kes apa pulak ni? Lamanya kena sidai!

Featured Fri, 19 Aug 2022
Hiburan Tue, 7 Oct 2025

“Askar Zioni* Tahu Gerak Kerja Kami” – PU Amin Cerita Pengalaman PU Rahmat Ketika Disoal Siasat

PU Amin terkejut tentera tahu gerak kerja dakwah bersama PU Rahmat

Hiburan Thu, 14 Jun 2018
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Demi SANGKAR, Zul Ariffin & Remy Ishak Sanggup…

Teaser filem Sangkar terbitan Primework Studio bakal ditayangkan bermula esok, 12/12 bermula 12 tengah hari esok! 

error: Content is protected !!