Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 7, 2025 @ 12:55pm

“Askar Zioni* Tahu Gerak Kerja Kami” – PU Amin Cerita Pengalaman PU Rahmat Ketika Disoal Siasat

Pendakwah bebas, PU Amin berkongsi kisah yang diceritakan rakannya, PU Rahmat, mengenai pengalaman berdepan detik mencemaskan ketika disoal siasat oleh tentera Zionis sewaktu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Menurut PU Amin, apa yang mengejutkan ialah pihak tentera berkenaan sebenarnya mengetahui gerak kerja serta aktiviti mereka di Malaysia, termasuk program dakwah dan kandungan yang dikendalikan bersama.

“Rahmat cerita, ketika soal siasat, askar Zionis tahu gerak kerja saya dan Rahmat di sini. Podcast kami, program kami, dan lain-lain. Saya teruja.

“Menarik kisah ini, nanti kita dengar lanjut dari Rahmat. Banyak sangat kami nak share! Kalian sabar ya! Kita set time nanti,” katanya di platform Threads.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai yang mengikuti perkembangan pendakwah berkenaan selepas Rahmat dan beberapa 22 aktivis sukarelawan lain dilaporkan ditahan dan didera secara fizikal serta mental oleh pihak berkuasa Isr**l dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza.

Sebelum ini, beberapa sukarelawan yang terbabit dalam misi sama turut mendedahkan layanan kasar diterima sepanjang dalam tahanan, termasuk diugut, diherdik serta tidak diberi makan dan minum secukupnya.

Malah, pelakon dan sukarelawan, Ardell Aryana dikatakan ditumbuk di wajah, selain turut mengalami kecederaan bahu terkoyak, manakala PU Rahmat pula dipaksa dib*gelkan sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, kesemua 23 aktivis kemanusiaan kini berada dalam keadaan selamat dan bakal tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9:50 malam ini.

Artikel Berkaitan: Rakan Kongsi Perbualan Telefon Dengan Ardell Aryana, Menangis Teresak-Esak Mengadu Diseksa Isr**l – “4 Hari Tak Makan & Minum”

Artikel Berkaitan: Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l

Artikel Berkaitan: “Saya Dib*gelkan 3 Kali” – PU Rahmat Kongsi Pengalaman Ditahan Isr**l, Sifatkan Penceroboh Sebagai Bangsa ‘Penakut’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Apr 2021
Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Tak Ikut Jejak Seni… Ogy Ahmad Daud Syukur Anak Lebih Suka Baca Buku & Belajar

Bagusnya anak Kak Ogy! Lagi pula, dunia seni banyak cabaran tau!

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Kaya Tapi ‘Humble’, Jom Tengok Hadiah Hari Jadi Nia Ramadhani Tahun Ini!

Bergelar isteri seorang jutawan, apa agaknya hadiah yang diberi suami Nia tahun ini?

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Featured Tue, 30 Aug 2022
Events Fri, 8 Nov 2019

任贤齐和阿牛有新搞作!欲和《麼麼茶》原班人马在岛开唱

「麼麼茶」和「小强」又再合体啦!继早前任贤齐和阿牛(陈庆祥)两人9月重游热浪岛后擦出新火花,联手合唱新创作《嘿!我在说你呢》并邀请大马媒体直击录音现场。

Trending Sat, 17 Mar 2018

Maut Ketika Swafoto, Tertembak Atau Ditembak?

Sebaik kejadian itu berlaku, mangsa Vijay Singh yang bergambar dengan rakan dikenali sebagai Monu telah melarikan diri.

Trending Sat, 17 Nov 2018

Pemancing Teruja Dapat Ikan, Tapi Rupanya…

Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi bertindak mengeluarkan mangsa di dasar sedalam satu meter dengan menggunakan tali.

error: Content is protected !!