Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 29, 2022 @ 8:22pm

“Benda Itu Automatik” – Aksi Berpimpin Tangan Wanita, MK K-Clique Akui Tidak Sengaja

Anggota kumpulan K-Clique, MK mengakui tidak sengaja beraksi mesra berpimpin tangan dengan seorang wanita baru-baru ini.

Aksi tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai terutama di kalangan peminat-peminat tegarnya yang sentiasa perhatikan setiap gerak geri penyanyi dan pelakon tersebut.

Menurut MK, dia bertindak memegang tangan wanita yang dikenali sebagai Hajar Siti itu gara-gara sudah terlambat dan sedang mengejar masa untuk menghadiri jemputan rumah terbuka Aidilfitri.

“Isu pegang tangan ini sebenarnya ada sesetengah berpendapat salah. Kita faham.. Tetapi dalam keadaan itu, keadaan yang huru-hara, kelam kabut. Kami dah lambat. Kami nak cepat. Benda itu automatik (pegang tangan).

“Depan saya ada kakak, tepi pula adik-beradik saya. Nak tunjuk mesra, (kami) belum boleh mesra.

MK ditemui semasa sidang media filem ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ yang diadakan di Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur, semalam.

Filem romantik komedi arahan Eyra Rahman turut menampilkan barisan pelakon popular antaranya ialah Nora Danish, Sham Visa, Yassin, Ropie, Azizah Mahzan, Alya Iman dan Vanessa Reynauld.

Tambah MK, dia akan menghebahkan kepada umum jika dia sudah bersedia untuk berkahwin.

“Saya tak akan diam-diam. Benda ini (kahwin) kena uar-uarkan. Insya-Allah dah sampai masa, saya dah bersedia nanti akan dikongsi,” kata MK.

April lalu, MK memuat naik gambar beberapa foto bersama Hajar Siti dengan kapsyen ‘Saya sayang awak!”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Apr 2026

Azhar Sulaiman Respons Kes Selewang Dana Zakat Babitkan Wang RM230 Juta – “Geng Tak Amanah Ni Seperti Tupai, Pasti Jatuh Ke Tanah & Dilaknat Allah”

Azhar Sulaiman tampil berkongsi pandangan peribadinya berhubung kes penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

无线「第一代」首席小生陈振华病逝

据香港媒体报道,70年代著名电视演员陈振华日前于香港九龙圣德肋撒医院因生病离世,终年78岁;据悉,晚年的他视力和听力衰退,就连热忱的看相命理也被迫放弃。

Hiburan Wed, 16 Apr 2025
Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Pamungkas Kembali Temui Peminat Di Malaysia Mei Ini

Peminat pamungkas dah boleh get ready beli tiket

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Fri, 23 Aug 2024
error: Content is protected !!